PERSONALITI PUNCA BERANI MENGHINA AGONG
SHAH ALAM –
Personaliti seseorang yang tidak berfikir panjang menjadi punca mereka berani
untuk bertindak di luar batasan.
Prof. Dr Khaidzir Ismail |
Pensyarah
Sekolah Psikologi dan Pembangunan Manusia, Fakulti Sains Sosial dan
Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Dr Khaidzir Ismail berkata,
perasaan takut akan hilang apabila seseorang itu berada dalam keadaan tidak
waras.
“Tidak waras
bukan bermakna dia gila, cuma tidak boleh membezakan antara baik dan buruk, ini
soal personaliti individu.
“Bagi orang
begini tidak menghormati orang atau melanggar peraturan itu tidak mengapa,”
katanya ketika mengulas mengenai faktor seseorang itu berani menghina institusi
tertinggi negara.
Khaidzir turut
berpendapat, ada sesetengah individu yang hanya melakukan untuk mencuba dan
suka-suka.
“Ada juga yang
individu walaupun sudah ditangkap tetapi tetap tidak takut dan merasa bangga
melakukan perbuatan itu, ini mungkin terdapatnya sokongan daripada orang
sekeliling,” katanya.
Menurut
beliau, ramai yang tidak memanfaatkan laman sosial dengan baik apabila menjadikan
ruang itu sebagai medan meluahkan perasaan dan kritikan sahaja.
“Oleh itu,
individu yang sudah keterlaluan perlu bertanggungjawab atas tindakan mereka,”
katanya.
Justeru itu,
beliau berpendapat tindakan tegas perlu dikenakan kepada mereka yang telah
melanggar peraturan.
“Dari segi
psikologi, manusia perlu selalu diingat sama ada cara verbal atau tindakan.
Kalau ada tindakan tegas dan serius sudah pasti akan beri pengajaran supaya
orang lain lebih berhati-hati.
“Tetapi jika
dibiarkan, orang lain akan rasa kelonggaran itu boleh dicabar,” katanya.
Sebelum ini, seorang
wanita 32 tahun ditahan pagi kelmarin kerana di dakwa menghina Yang di-Pertuan
Agong dalam Facebook, manakala empat lagi rakannya dicari bagi membantu
siasatan mengikut Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. –Sinar
Harian
No comments:
Post a Comment