PASIR
GUDANG: Kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang secara terbuka mahukan
dua sekutunya, PAS dan PKR, memberi parti itu 13 kerusi tambahan untuk
bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13, bakal menjadi punca pergolakan
pakatan pembangkang.
Ketua Umno
Bahagian Pasir Gudang Datuk Seri Khaled Nordin berkata keadaan itu
menggambarkan DAP ingin mendominasi pakatan pembangkang.
"Saya
percaya DAP beranggapan di kalangan parti pembangkang lain mereka merupakan
parti yang terkuat, sebab itu mereka berani membuat tuntutan tersebut.
"Ini
akan menjadi asas kepada perbalahan mereka," katanya kepada pemberita
selepas menghadiri majlis penyampaian hadiah sempena Program Gerak Mesra
Perdana Majlis Perbandaran Pasir Gudang di sini, Ahad.
Menteri
Pengajian Tinggi itu mengulas kenyataan Lim yang mahukan tambahan 13 kerusi -
tiga Parlimen dan 10 Dewan Undangan Negeri (DUN) - pada Pilihan Raya Umum
berkenaan.
Lim membuat
permintaan itu ketika berucap di Kongres Kebangsaan ke-16 DAP di Pulau Pinang
semalam atas alasan semangat setiakawan.
Pada
Pilihan Raya Umum 2008, DAP bertanding bagi 47 kerusi Parlimen dan 102 kerusi
DUN. -BERNAMA/mStar
No comments:
Post a Comment