FLORIA PUTRAJAYA @ FLORIA 2012 - festival bunga dan taman
yang terulung di Malaysia kembali lagi.
Bermula dari
30 Jun - 8 Julai 2012, FLORIA 2012
akan sekali lagi diadakan di Pesisiran Tasik, Presint 2, Putrajaya.
Dengan lebih
daripada 1 juta pengunjung dari seluruh dunia pada tahun lepas (FLORIA 2011), festival ini kembali dengan festival yang
lebih menarik dan berwarna-warni yang pasti memikat hati pengunjung.
FLORIA 2012 akan mempersembahkan pameran daripada industri
hortikultur; produk landskap komersil hingga ke pameran rekabentuk taman serta
pameran bunga.
Pengunjung
yang hadir pasti terpukau dan terpesona dengan hasil dekorasi hamparan
taman-taman bunga indah pelbagai warna, hiasan pintu gerbang dan laluan
bunga-bungaan yang diatur dengan pelbagai susunan kreatif beserta rekabentuk
landskap yang sangat unik.
Dengan tema “Bunga Kertas - Tetap Menawan”, FLORIA
2012 akan mempamerkan koleksi terbesar bunga kertas yang pernah dipamerkan di
Malaysia dalam suasana taman.
Marilah
beramai-ramai berkunjung ke FLORIA 2012
dan menghayati kemeriahan serta keindahan festival yang penuh berwarna-warni ini!
KD: Tak sabar menanti 30 Jun... pasti sejuk mata memandang keindahan bunga-bunga yang segar dan berwarna-warni. Syukur, indahnya ciptaan Tuhan..
KD: Tak sabar menanti 30 Jun... pasti sejuk mata memandang keindahan bunga-bunga yang segar dan berwarna-warni. Syukur, indahnya ciptaan Tuhan..
No comments:
Post a Comment