KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC)
Mengenai Projek Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) memberi lampu hijau
kepada syarikat tersebut untuk memperoleh lesen pengendalian sementara (TOL)
kerana ia telah memenuhi segala keperluan ditetapkan.
Dalam laporan yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada Selasa,
jawatankuasa itu mengesyorkan supaya TOL dikeluarkan agar projek tersebut dapat
beroperasi secara berperingkat dan dikawal selia agensi penguat kuasa. Laporan
itu dibentangkan oleh Pengerusinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Laporan tersebut mengandungi penemuan dan cadangan selepas
tiga pendengaran awam yang diadakan di Kuantan dan Kuala Lumpur untuk mendapat
maklum balas dari individu, pihak berkepentingan dan pakar berhubung projek
nadir bumi di Gebeng, Pahang.
"Jawatankuasa amat berpuas hati bahawa projek Lynas
memenuhi keperluan standard dan perundangan di Malaysia yang setaraf dengan
amalan dan standard antarabangsa. Malah, peraturan yang dikenakan ke atas loji
itu lebih ketat berbanding standard antarabangsa," katanya yang turut
mengemukakan 31 syor berhubung pela
Mohamed Khalid berkata, jawatankuasa itu berpuas hati bahawa
projek tersebut menyediakan sistem kawalan yang diperlukan bagi memastikan
keselamatan dan kesihatan serta perlindungan alam sekitar.
"Pada peringkat ini, loji tersebut telah memenuhi semua
syarat lesen dan syarat tambahan yang dikenakan di dalam lesen TOL ini. Data
yang diperolehi di peringkat ini akan menjadi asas kepada pertimbangan proses
perlesenan selanjutnya," katanya.
Laporan itu mencadangkan supaya satu jawatankuasa pemantauan
ditubuhkan untuk mengawal operasi loji tersebut. Jawatankuasa itu akan
melibatkan agensi berkaitan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pakar,"
katanya.
Sementara itu, jawatankuasa tersebut mendapati pendedahan
radiasi dari loji tersebut adalah selamat dan berada pada tahap rendah. -MStar Online
KD: Mungkinkah keputusan
@ lampu hijau ini akan melangsaikan kesangsian pihak yang membantah? Walaupun
kerajaan mengatakan projek kilang pemperosesan nadir bumi ini selamat dan
sebagainya, namun berpunca dari kegagalan beberapa projek di bawah pemantauan
kerajaan sebelum ini, ia menjadikan pihak tertentu dan rakyat khususnya khuatir
serta fobia.
No comments:
Post a Comment