KUALA LUMPUR: CUEPACS meminta penjawat awam wanita diberi kemudahan bersalin di hospital swasta dengan cuti tiga bulan bergaji penuh sehingga kelahiran anak ketujuh berbanding lima sekarang.
Kesatuan itu mencadangkan mereka bersalin di hospital swasta yang dilantik sebagai panel oleh kerajaan hanya sehingga kelahiran ketiga dan kemudahan wad kelas pertama hospital kerajaan untuk anak berikutnya.
Cadangan itu bertujuan menghargai sumbangan kira-kira 630,000 penjawat awam wanita yang meliputi 45 peratus daripada 1.4 juta kakitangan awam.
Ia akan
dikemukakan kepada kerajaan melalui suruhanjaya khas penambahbaikan Sistem
Saraan Baru (SSM) yang ditubuhkan nanti.
4 CADANGAN tersebut ialah:
1) Bersalin di
hospital swasta sehingga anak ketiga
2)
Wad kelas satu hospital kerajaan untuk bersalin anak
keempat dan seterusnya
3)
Cuti bersalin tiga bulan gaji penuh sehingga kelahiran
anak ketujuh
4) Cuti tanpa
rekod 14 hari diperluas bagi urusan kecemasan keluarga terdekat
No comments:
Post a Comment