KUALA LUMPUR: Kira-kira 20,000 pelajar yang mengikuti latihan kemahiran seliaan MARA akan menikmati kenaikan bayaran elaun baru tidak lama lagi.
Pengerusi MARA, Datuk Idris Jusoh
berkata, keputusan kenaikan itu sudah dipersetujui Ahli Lembaga Pengarah MARA
dan kini pihaknya sedang dalam proses mendapatkan kelulusan Kementerian
Kewangan.
Katanya, kenaikan itu juga sejajar
dengan usaha MARA untuk memberikan khidmat terbaik kepada penuntutnya terutama
dalam hal kebajikan pelajar, selain memberi galakan kepada mereka untuk lebih
cemerlang dalam pendidikan.
KD: gembira dengan pengumuman
ini.. sungguh bertuah pelajar Mara/IKM kerana kerajaan prihatin dengan mereka…
galakan sudah diberi, kini tinggal usaha dan kejayaan yang setimpal..
No comments:
Post a Comment