Ismail
berkata, isu tersebut telahpun selesai selepas Menteri Pengajian Tinggi, Datuk
Seri Mohamed Khaled Nordin bersetuju meneruskan pemberian pinjaman kepada
pelajar-pelajar di dua buah universiti di bawah teraju kerajaan negeri Selangor
itu berkuat kuasa serta-merta.
Menurut
beliau, pembatalan pembekuan itu turut dilakukan selepas Naib Canselor Unisel,
Prof Dr Anuar Ahmad memaklumkan pinjaman PTPTN amat diperlukan oleh para
pelajarnya dalam meneruskan pengajian.
Jelas
Ismail, PTPTN membelanjakan RM3 juta kepada kira-kira 5,000 pelajar di Unisel
untuk setiap pengambilan semester baru bagi menampung yuran pengajian dan kos
sara hidup.
Ini
bermakna sehingga tamat pengajian, PTPTN memberikan pinjaman sebanyak RM240
juta kepada pelajar-pelajar terbabit.
Sumber: http://mstar.com.my
No comments:
Post a Comment