Isu cadangan Hudud di Johor terus menjadi isu paling hangat
diperkatakan minggu ini. Sokongan demi sokongan terus diterima. Pastinya badan
bukan kerajaan (NGO) Islam adalah pihak paling gembira dengan cadangan ini,
sekaligus menawarkan khidmat bantuan nasihat dan pandangan.
Hari ini, dalam akhbar Sinar Harian, beberapa pihak lagi
memberi reaksi. Ia termasuklah Kerajaan Kedah, Perkasa, Murshid dan Ilmu. Berikut
adalah petikan pandangan mereka.
Setiausaha Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Syed Hassan
Syed Ali berkata, pihaknya menyokong penuh cadangan ini. Walau bagaimanapun,
Perkasa tidak bersetuju sekiranya hukum hudud itu dilaksanakan ‘ala’ Pas.
Pihak Multaqa Asatizah & Pendakwah Malaysia (Murshid) pula menawarkan kesediaan membantu mana-mana pihak yang ingin melaksanakan hukum hudud
Islam itu. Namun, sebelum itu, pelbagai aspek perlu diambil kira bagi
memastikan pelaksanaannya tidak menjadi isu berbangkit.
KD: Apa yang dibimbangkan, isu ini dipolitikkan. Hanya pandai
cakap, tetapi tiada satu pun tindakan diambil. Kalau begitulah, memang tidak
wajar. Ini kerana, isu agama bukanlah sesuatu yang boleh diambil mudah dan
dipermainkan. Semua yang berkenaan pasti sudah maklum. Jangan kerana obses
dengan politik, hal agama dibolak-balikkan.
Yang penting, KD percaya jika sesuatu perkara diusulkan
dengan niat yang baik dan murni, diselaraskan dengan sokongan dan kerjasama
dari semua pihak, pasti ia dapat dilaksanakan dengan lancar serta praktikal.
No comments:
Post a Comment