KUALA LUMPUR - Penjawat awam perlu melakukan anjakan sikap yang drastik seiring dengan gagasan dan usaha Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memacu Malaysia menjadi sebuah negara maju, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Omar Osman.
Omar berkata, penjawat
awam tidak seharusnya berasa selesa berada di takuk lama sehingga pencen dan
sentiasa cepat berpuas hati dengan pencapaian serta urusan harian yang biasa.
"Penjawat awam perlu
menyahut seruan Perdana Menteri sebagai satu cabaran bagi meningkatkan daya
saing mereka. Mahu naik gaji tapi sikap di tahap lama tidak mahu berubah...
macam mana? Kita menyokong untuk menjadikan penjawat awam berpendapatan tinggi
tapi mesti seimbangkan pendapatan dengan sikap serta kerja yang dilakukan."
Omar berkata, bahagian
latihan dan sumber manusia setiap agensi kerajaan perlu memainkan peranan dalam
membentuk minda penjawat awam supaya mampu berfikir di luar daripada kebiasaan
bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat.
"Dengan menggunakan
kaedah bukan konvensional, mekanisme baru bagi menyelesaikan masalah rakyat dan
melakukan kerja harian akan terbentuk dan mekanisme ini akan membantu penjawat
awam melaksanakan tanggungjawab mereka dengan lebih baik," katanya. – SinarHarian
No comments:
Post a Comment