SHAH ALAM –
Masalah kekurangan bekalan air bersih di Selangor, Kuala Lumpur dan
Putrajaya tidak berlaku seperti yang
digambarkan beberapa pihak sebelum ini.
Setiausaha
Kerajaan Negeri, Datuk Mohamad Khusrin Munawi berkata, hasil pemantauan
Jawatankuasa Pemantauan Air mendapati hanya beberapa kawasan di Cheras manakala
tempat lain tidak mengalami gangguan bekalan air.
“Makluman
daripada empat mesyuarat yang dijalankan bersama Syabas dan semua pihak
terlibat, daripada maklumat, jumlah dan data yang diperoleh daripada Syabas dan
semakan di loji-loji berkenaan kita dapati masalah yang dikatakan sebenarnya
tidak berlaku
sebagaimana
yang didakwa.
“Cuma kami
dapati hanya beberapa tempat di Cheras yang menerima bekalan air dari Loji
Sungai Langat mengalami masalah kekurangan bekalan air,” katanya pada sidang
media selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri, semalam.
KD: Begitu pula ceritanya? Apakah krisis dan gangguan air yang
heboh diperkatakan sebelum ini hanya cerita kosong sahaja? Begitu banyak laporan dalam akhbar, kini baru pihak SUK membuat penjelasan. KD masih lagi keliru dengan isu air di Selangor ini.
No comments:
Post a Comment