Katanya
sebelum ini, kajian yang dilakukan secara konsisten dan berskala itu, mendapati
60 peratus pengundi muda adalah berkecuali dan 40 peratus kepada BN dan
pembangkang.
"Kajian
terbaru ini menunjukkan lonjakan luar biasa...kita nampak kesan belanjawan ini
amat baik sekali," katanya sambil memperjelaskan kajian terbaru itu
membabitkan 1,000 responden dari seluruh negara.
Katanya,
pergerakan Pemuda dan Puteri Umno akan sentiasa turun padang selepas ini bagi
memperjelaskan dasar-dasar kerajaan dan belanjawan itu kepada generasi muda.
Malah,
katanya, peningkatan jumlah kehadiran golongan muda di majlis pelancaran
program 'BN Pilihan Orang Muda' peringkat negeri Pulau Pinang semalam adalah
kesan secara langsung daripada belanjawan tersebut.
Sementara
itu, ketika bercakap kepada pemberita selepas menghadiri pelancaran program
tersebut, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata,
pelbagai insentif untuk golongan belia yang diumumkan dalam Belanjawan 2013
jelas membuktikan kerajaan BN sentiasa prihatin dan mendengar suara dan isi
hati golongan muda.
"Belanjawan
yang dbentangkan memperlihatkan keprihatinan dan suara generasi muda diambil
kira oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya.
Ahmad
Zahid, yang juga menteri pertahanan, berkata golongan muda mula menunjukkan
dokongan terhadap BN setelah mereka melihat kerajaan berjaya menepati semua
yang dijanjikan.
Ini dapat
diterjemahkan dengan kehadiran mereka yang menggalakkan pada setiap perhimpunan
yang dianjurkan oleh BN, katanya. – Bernama/Malaysiakini
No comments:
Post a Comment