KUALA LUMPUR - Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas)
mendakwa wujudnya pihak yang tidak bertanggungjawab membekalkan MyKad dan
Pasport palsu kepada warga asing khususnya golongan peniaga dan penjaja.
Presidennya, Mohd Ridzuan Abdullah berkata, hasil maklumat yang dikumpul
pihaknya mendapati kira-kira 50 peratus peniaga dan penjajaasing di seluruh
negara, terutamanya warga Pakistan memiliki MyKadyang telah diklon.
Menurutnya, MyKad dan Pasport antarabangsa palsu itu boleh diperolehi
dengan harga RM18,000 hingga ke RM50,000.
“Dokumen tersebut akan menggunakan maklumat warga tempatan, tetapi
menggunakan gambar warga asing tersebut. Contohnya seperti nama saya, saya
dapati ada tiga orang menggunakan maklumat yang sama.
“Terdapat satu kes di Seremban, warga Bangladesh menggunakan pasport
antarabangsa palsu, dan bekerja sebagai kontraktor yang mengambil kontrak di
balai-balai polis selama tempoh lima ke enam tahun, termasuk melakukan jenayah.
“Warga asing ini telah ditahan dan dihantar pulang ke Bangladesh, namun
kini kembali ke Malaysia membuat kerja yang sama,” katabeliau pada sidang media
selepas membuat laporan polis di Balai Polis Travers, Bangsar di sini, hari
ini.
Ridzuan berkata, beliau bersama ahli-ahli Ikhlas yang lain mengumpul
maklumat berhubung perkara tersebut dalam tempoh setahun ini.
Katanya, kaedah penyamaran digunakan bagi memperoleh maklumat terus
daripada warga asing terlibat.
“Saya sendiri turun padang, menyamar dan bergaul dengan peniaga warga
asing ini untuk memperoleh maklumat. Kami ada bukti-bukti berhubung perkara ini
untuk diserahkan bersama memorandum yang akan dihantar kepada Perdana Menteri,”
katanya.
Menurutnya, perkara tersebut menjadi ancaman besar kepada negara
berikutan lambakan warga asing tidak terkawal.
“Sekarang ini, Melayu merupakan yang paling ramai di Malaysia, diikuti
dengan Cina, dan warga asing. Kaum India lebih sedikit berbanding warga asing.
Jika keadaan ini berterusan, warga asing mampu mengatasi jumlah Melayu.
“Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu tegas kerana isu ini melibatkan
menjual keselamatan negara. Ikhlas mahu SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia) siasat habis-habisan berhubung perkara ini,” katanya.
Ikhlas membuat laporan polis dengan menyenaraikan beberapa isu menjual
keselamatan negara disebabkan wujudnya keadaan di mana warga asing yang dengan
mudah memiliki MyKad biru, juga berkaitan dengan tender MyKad yang diberi
kepada syarikat swasta, termasuk rasuah membabitkan kakitangan kerajaan.
Memetik laporan polis yang dibuat Ridzuan berkata, pihaknya mendapati
wujudnya unsur sabotaj terhadap kepimpinan Perdana Menteri apabila sebilangan
penjawat awam tidak menyokong kerajaan.
“Sebagai sebuah NGO (pertubuhan bukan kerajaan), Ikhlas memandang isu
ini sebagai isu kepentingan awam dan tidak mahu mana-mana pihak cuba
menggadaikan keselamatan negara demi duit.
“Malah, apa yang kami bimbangkan pembangunan sistem MyKad di negara luar
boleh menjejaskan keselamatan negara,” katanya.
Dalam laporan itu juga menyebut Ikhlas
akan membuat tangkapan awam sekiranya isu berkenaan tidak selesai dan berada
pada tahap kritikal. –SinarHarian
KD: KDN perlu bertindak proaktif!
No comments:
Post a Comment