KUALA
LUMPUR: Tawaran program pemilikan kereta terbaru Perusahaan Otomobil Kedua Sdn
Bhd (PERODUA) kepada pelajar tahun akhir institusi pengajian tinggi (IPT) awam
dan swasta, tidak termasuk dalam pakej pembelian kereta tanpa bayaran
pendahuluan.
Pakej
promosi istimewa ‘What’s Up Graduates’ itu memberikan peluang kepada kumpulan
pelajar tahun akhir untuk memiliki kereta PERODUA dengan bayaran serendah RM299
sebulan, bergantung kepada pinjaman bank yang ditawarkan institusi kewangan.
Taja kelas memandu
Pengarah
Jualan dan Pemasaran PERODUA, Zahari Husin, berkata pakej itu turut termasuk
tajaan kelas belajar memandu bernilai RM1,000, perlindungan insurans kemalangan
bernilai RM20,000 dan diskaun 50 peratus bagi servis asas selama dua tahun di
170 pusat servis PERODUA di seluruh negara.
“Tawaran
ini terbuka untuk pembelian semua kereta model PERODUA, tetapi ia tidak
termasuk dalam pakej pembelian kereta tanpa bayaran pendahuluan,” katanya dalam
satu kenyataan, semalam.
Menerusi
tawaran bermula 10 Oktober lalu dan akan berakhir 31 Mac 2013, pelajar hanya
perlu menunjukkan kad pelajar serta membawa seorang penjamin bagi memohon
tawaran berkenaan ketika melaksanakan urusan jual beli kenderaan di semua
cawangan PERODUA.
Bayaran
serendah RM299 sebulan itu hanya ditawarkan untuk bayaran bulanan bagi tahun
pertama saja dan bayaran bagi tempoh seterusnya akan beransur-ansur meningkat
dari tahun ke tahun sehingga habis tempoh pinjaman, sejajar dengan kenaikan
gaji.–BHarian
KD:Wah..bertuahnya mahasiswa sekarang. Pelbagai insentif
dan kelebihan ditawarkan kepada mereka. Diharapkan promosi sebegini tidak
disalahgunakan atau dibazirkan oleh para mahasiswa. Mereka perlu sedar, promosi
sebegini adalah bermatlamat untuk menjaga kebajikan serta memberi galakan
kepada mereka agar mendapat kejayaan dalam bidang kerjaya.
No comments:
Post a Comment