Tun M |
KUALA
LUMPUR 7 Okt. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan
memberi undi kepada pembangkang sama seperti mengundi George Soros iaitu
penyangak mata wang yang kejam.
Beliau
menegaskan, Soros menggunakan wang beliau bagi meletakkan calon pilihannya
untuk memerintah negara-negara yang disasarkan.
Bagi
Malaysia, katanya, Soros memilih pemimpin pembangkang seperti Datuk Seri Anwar
Ibrahim untuk melakukan pertukaran rejim dengan menjatuhkan kerajaan sedia ada.
''Mungkin
sesetengah orang masih ingat Datuk Seri Anwar Ibrahim begitu gemar dengan
'masyarakat sivil' ketika berada dalam kerajaan dan beliau juga masih bercakap
tentang perkara itu sekarang. Persamaan idea antara Soros dengan Anwar adalah
penting," katanya dalam satu rencana yang ditulis untuk akhbar New Sunday
Times hari ini.
Soros |
Dr.
Mahathir secara jelas menunjukkan pembabitan Soros melalui Open Society
Institute dalam menukar pemerintah sesebuah negara seperti yang berlaku di
Georgia.
Sebelum
ini, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) juga didakwa turut menerima sumbangan
daripada Open Society Institute.
Dr.
Mahathir turut melontar persoalan mengapa Soros membiayai Malaysiakini, sebuah
portal berita propembangkang.
''Jelas
sekali, tindakan itu adalah untuk menjayakan perubahan rejim dengan meletakkan
calon-calon pilihannya sebagai Perdana Menteri dan menteri-menteri di dalam
kerajaan Malaysia.
''Apa yang
kerajaan itu akan lakukan nanti ? jika tidak melaksanakan hasrat Soros,"
katanya.
Tegas
beliau, Malaysia adalah salah satu sasaran Soros.
''Sekiranya
terdapat rakyat Malaysia yang ingin dijajah semula, itu adalah pilihan mereka.
Tetapi saya percaya rakyat Malaysia tidak mahu menjadi tali barut asing,"
katanya.
Menurut Dr.
Mahathir, tindakan Soros itu terbukti berjaya menjatuhkan rejim di Georgia,
Ukraine dan Hungary. -UtusanOnline
No comments:
Post a Comment