Kota Bharu:
Lebih banyak siri perjumpaan dan majlis penerangan akan diadakan untuk mendidik
pengguna jalan raya mengenai Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sebelum
dilaksanakan sepenuhnya ke seluruh negara.
Ketua
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan, berkata
perjumpaan itu turut membabitkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi
mendapatkan cadangan penambahbaikan terutama untuk mengelak kekeliruan
berhubung sistem itu.
"Maklum
balas itu dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri melalui mesyuarat
Jawatankuasa Pelaksanaan AES yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara, Datuk
Seri Dr Ali Hamsa," katanya kepada pemberita selepas majlis taklimat dan
dialog dengan NGO dan pegawai kerajaan di ibu pejabat JPJ Kelantan di sini,
semalam.
Sementara
itu, beliau berkata, hanya lima sekolah berhampiran jalan utama di seluruh
negara akan dipasang AES membabitkan kelajuan 30 kilometer sejam (km/j).
Solah
berkata, lima sekolah itu dikenal pasti kerap berlaku kemalangan membabitkan
muridnya.
"Selain
itu, Kementerian Pelajaran sendiri memohon supaya sekolah di tepi jalan besar
dipasang AES, katanya.
Beliau
berkata, sebanyak 831 kawasan hitam kemalangan sudah dikenal pasti untuk
dipasang AES di seluruh negara, iaitu 561 lokasi memandu melebihi had laju dan
270 lampu isyarat. -BHarian
No comments:
Post a Comment