Kuala
Lumpur: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengajak rakyat bangkit menentang bahana besar
ideologi songsang pembangkang yang merungkai asas-asas agama, mencabar maruah
bangsa dan mengancam kedaulatan negara.
Timbalan
Presiden UMNO itu menjelaskan inilah sisi hodoh ideologi demokrasi dan
kebebasan pakatan pembangkang yang merungkai asas-asas agama Islam yang terpahat
kukuh di dalam al-Quran dan al-Sunnah.
Di
peringkat antarabangsa, katanya, muncul kumpulan yang memperjuangkan ideologi
songsang berteraskan pemikiran sekular liberal yang bertentangan dengan agama.
“Tidak
pernah ada pemimpin Islam yang tergamak bersuara menghalalkan gaya hidup
songsang dan murtad.
Tetapi,
hari ini, atas sebab ingin meraih undi dan merebut kuasa, lantaran angan-angan
mahu ke Putrajaya, semuanya boleh saja,” katanya pada perasmian serentak
Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO, di sini, malam tadi.
“Jangan
biarkan mereka merungkai asas agama kita. Kita yakin rakyat akan terus bersama
UMNO dan Barisan Nasional (BN) mempertahankan nilai murni yang cuba dinoda oleh
pembangkang.
“Sejak
akhir-akhir ini pandangan Ketua Pembangkang agak bercelaru. Satu ketika beliau
tanpa segan dan silu mengeluarkan kenyataan bahawa undang-undang jenayah di
negara kita yang menghalang perlakuan liwat adalah satu undang-undang yang
kolot.
Perbuatan terkutuk
"Adakah
Ketua Pembangkang hendak mengatakan bahawa hukum Allah juga kolot sedangkan
kita semua tahu bahawa perbuatan terkutuk itu ditegah oleh Islam dan agama
lain.
“Janganlah
kerana pelakuan songsang ini dibenarkan di barat dan diterima sebagai hak asasi
manusia oleh mereka, maka dia pun turut hendak menghalalkannya,” katanya.
Dalam
ucapan bertajuk ‘Bersama Melakar Kemenangan’ itu, Muhyiddin berkata seorang
Naib Presiden PKR pula baru-baru ini mendakwa atas nama kesamarataan hak, orang
Melayu yang beragama Islam wajar diberikan kebebasan beragama seperti penganut
agama lain.
Beliau
berkata, banyak kerajaan menerima tekanan supaya mengiktiraf hak golongan
songsang untuk melakukan perkara yang ditegah oleh agama.
UMNO tidak boleh alpa
Katanya,
atas nama politik baru, politik pembebasan, politik global dan politik kuasa
ketiga, hak dan kebebasan individu, ideologi itu mahu dibawa ke negara ini
untuk meraih undi.
Justeru,
katanya, UMNO sebagai parti yang berjuang menegak dan mendaulatkan Islam tidak
boleh alpa, sebaliknya perlu menjadi benteng mempertahankan masyarakat daripada
diasak oleh ideologi pembangkang kerana ia amat berbahaya jika meresapi
masyarakat, khususnya kanak-kanak. -BHarian
No comments:
Post a Comment