Hishamuddin Rais |
Ia akan
berlangsung mulai 2 petang esok.
Menurut
jurucakap #KL112, Hishamuddin Rais, pihaknya berpandangan apa yang diutarakan
oleh Ketua Polis Kuala Lumpur semalam hanya satu saranan semata-mata dan tidak
akan menyebabkan pihaknya berganjak daripada pendirian sebelum ini dalam
keadaan himpunan berbaki sehari sahaja.
"Keputusannya
kita tidak akan berubah. Kita akan terus di Stadium Merdeka kerana ini hanya
pandangan dan cadangan sahaja.
"Kita
telah membuat perjanjian dengan pihak Stadium Merdeka dan tadi kita telah
menandatangani persetujuan dengan Ketua OCPD Dang Wangi," ujarnya kepada
Sinar Harian Online awal pagi tadi selepas selesai mesyuarat tergempar bersama
Ahli Jawatankuasa #KL112, di ibu negara ekoran saranan berkenaan.
Menjawab
ringkas, Hishamuddin berkata, pihaknya juga tidak kisah mengadakan himpunan di
stadium yang hanya boleh menampung sekitar 30,000 hingga 45,000 orang
berbanding kapasiti yang lebih besar di Stadium Nasional Bukit Jalil.
"Ya
(tidak kisah)," ujar beliau.
Himpunan
#KL112 dikatakan mahu mengumpulkan sejuta rakyat Malaysia bagi meluahkan
tuntutan masing-masing.
Semalam
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh menyarankan supaya penganjur
#KL112 mengadakan himpunan di Stadium Nasional Bukit Jalil kerana ia lebih
sesuai dan mampu menampung kapasiti lebih besar.
Tambahan
pula katanya, stadium tersebut juga mempunyai kemudahan pengangkutan awam yang
lengkap termasuk sistem transit aliran ringan (LRT) selain memenuhi keperluan
dari aspek keselamatan.
Sementara
Stadium Merdeka pula mempunyai kemudahan dan kelengkapan sukan yang setanding
dengan stadium-stadium antarabangsa di negara-negara lain ketika itu (1957) dan
mempunyai tempat duduk bagi 22,000 orang, dan 3,000 darinya terletak di bawah
bumbung ketika dibuka.
Kini
stadium ini mampu menampung sehingga 45,000 orang penonton. la mempunyai 14
buah "terowong" yang merupakan pintu keluar-masuk stadium.
Pembinaan
stadium ini adalah merupakan satu kemajuan ke arah perkembangan dan kegiatan
sukan dan kebudayaan di negara ini.
Dengan
adanya stadium ini, ia dapat memberi kemudahan bagi kegiatan-kegiatan sukan,
kebudayaan dan perhimpunan-perhimpunan raksaksa peringkat kebangsaan dan
antarabangsa.
Di samping
itu, perpaduan yang erat dapat ditanamkan melalui kegiatan-kegiatan sukan dan
upacara kebangsaan yang diadakan di stadium ini.
No comments:
Post a Comment