KOTA BHARU
- Kerajaan Kelantan menerima dengan terbuka syor diadakan sebuah suruhanjaya
bagi menyiasat secara terus berhubung isu pajakan tanah seluas 4,000 hektar
kepada syarikat yang kini dimiliki dua pemimpin DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham
dan Nga Kor Ming.
Menteri
Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pihaknya terbuka kepada apa jua
bentuk siasatan kerana kerajaan negeri sentiasa mengamalkan dasar telus dalam
pentadbirannya.
Menurutnya,
pegawainya telah pun menyerahkan fail-fail berkaitan urusan pajakan tersebut
kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk disiasat.
“Saya beri
peluang kepada orang buat apa sahaja termasuklah suruhanjaya diraja atau apa
sekalipun. Saya selalu sebut, pejabat saya dibuka 25 jam sehari dan bukannya 24
jam.
“Dengan
cara itu saya sendiri selalu beringat, pegawai sendiri selalu beringat, kerana
apa? Kerana Menteri Besar sebut 25 jam buka pejabat untuk disiasat,” kata
beliau kepada pemberita selepas menyampaikan amanat tahun baru sempena Majlis
Perhimpunan Anggota Perkhidmatan Awam Kompleks Kota Darulnaim di sini, hari
ini.
Beliau
berkata demikian kepada pemberita selepas mengulas desakan Pengerusi Umno
Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang mahu suruhanjaya ditubuhkan bagi
merungkai rasa tidak puas hati rakyat negeri ini berhubung penjelasan yang
dibuat kerajaan negeri berhubung pajakan tanah tersebut. – Sinar Harian
KD: Sangat suka dengan kenyataan ‘pejabat
MB dibuka 25 jam sehari’ itu…
No comments:
Post a Comment