KUALA
LUMPUR - Jemaah Menteri telah bersetuju
agar belia berumur 21 hingga 30 tahun berpendapatan RM3,000 ke bawah boleh
membeli apa jua jenis telefon pintar dengan rebat RM200 yang diumumkan
kerajaan.
Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam satu kenyataan di sini, berkata
perkara itu diumumkan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri
Dr Rais Yatim selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementerian
tersebut hari ini.
Pemberian rebat
RM200 itu dilaksanakan di bawah Pakej Komunikasi Belia (PKB) selaras dengan
ucapan Belanjawan 2013 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun
Razak pada September lepas.
Menurut
kenyataan itu, pelaksanaan skim tersebut ialah atas prinsip 'siapa cepat dia
dapat'.
Tujuh
syarikat telekomunikasi yang melaksanakan skim PKB di bawah koordinasi SKMM
adalah Celcom, Clixster, DiGi, Maxis, Tune Talk, U Mobile dan YTL
Communications.
SKMM
memperjelaskan bahawa semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan PKB sama ada
penjual atau peruncit dikenakan syarat harga patut.
Dalam
kenyataan terdahulu, SKMM memaklumkan hampir 5,500 belia yang layak telah
mendaftar untuk mendapatkan rebat itu selepas pendaftarannya dibuka semalam.
SKMM turut
menasihati para belia yang telah berdaftar untuk membuat pilihan dengan bijak
serta meninjau pasaran terlebih dahulu sebelum membeli peranti pilihan
berdasarkan tahap kemampuan masing-masing.
Pendaftaran
di bawah PKB boleh dilakukan secara online dari pukul 7 pagi hingga 11 malam di
laman sesawang komunikasibelia.skmm.gov.my.
Orang ramai
boleh menghubungi hotline SKMM di 1800-88-4040 dari pukul 8.30 pagi hingga 5.30
petang, Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum jika terdapat sebarang pertanyaan. – Bernama/SinarHarian
KD: Sangat relevan…
No comments:
Post a Comment