Oleh itu,
katanya, Jamalul Kiram 111 tidak berhak mengaku sebagai waris kepada sultan
Sulu terakhir, Jamalul Kiram II, yang mangkat pada 1936.
Sumber itu
seterusnya menjelaskan bahawa Jamalul Kiram III bukan merupakan keturunanan
kepada sembilan "waris sah" Jamalul Kiram II, seperti yang
tercatatdalam "Penghakiman Macaskie" pada 1939 untuk melayakkannya
menerima bayaran bagi penyerahan wilayah Sabah, yang ketika itu dikenali
sebagai Borneo Utara, kepada British North Borneo Company (BNBC).
Sumber
berkenaan, yang amat mengenali anggota kerabat diraja kesultanan Sulu serta
begitu memahami sejarahnya, berkata mengikut salasilah keluarga, walaupun
Jamalul Kiram III merupakan kerabat diraja, beliau bukan berketurunan waris
utama yang berhak menerima bayaran penyerahan wilayah berkenaan.
"Apabila
Jamalul Kiram II mangkat pada 1936, baginda tidak meninggalkan waris takhta
secara langsung dan dengan itu, BNBC berhenti daripada membuat bayaran bagi
penyerahan wilayah. Berikutan itu, sembilan waris berkenaan secara berkumpulan
membawa perkara tersebut ke mahkamah untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai
pihak yang berhak menerima bayaran tahunan itu," kata sumber berkenaan.
Pada 1939,
Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Borneo Utara Hakim Macaskie, membuat keputuan yang
menyebelahi waris berkenaan dan dengan itu, bayaran tahunan itu disambung
semula. Kerajaan Malaysia meneruskan bayaran itu berikutan penubuhanpersekutuan
Malaysia.
Pada 2011,
keturunan sembilan waris utama Jamalul Kiram II memperoleh perintah sebuah
mahkamah Sulu yang mengiktiraf mereka sebagai keturunan secara langsung kepada
sembilan waris berkenaan.
Generasi
kedua waris ini ialah Dayang-Dayang Piandao Taj-Mahal Kiram-Tarsum Nuqui, Putli
Nurhima Kiram-Forman, Siti Ayesha K.H Sampang, Sulatan Fuad A. Kiram,
Dayang-Dayang Sheramar T. Kiram, Puteri Permaisuri Kiram Guerson dan Sitti
Jenny K.A Sampang.
"Oleh
itu, beliau (Jamalul Kiram III) tidak boleh mendakwa sebagai waris atau
keturunan kepada mana-mana sembilan waris utama itu," kata sumber
berkenaan. – BERNAMA/mStar
No comments:
Post a Comment