Hasratnya itu didedahkan oleh
Wikileaks pada 11 Mar 2007 dalam artikel siri 07MANILA1534, 'Nur Misuari Back
On Jolo, Amid New Fighting' mendedahkan 10 perkara berkaitan isu Sabah dan
isu-isu dalaman Filipina.
Perkara 6 artikel tersebut
menghuraikan hasrat Misuari yang tinggi untuk menawan Sabah dan masih menyimpan
perasaan marah kepada Malaysia kerana menahan beliau kemudian menyerahkan
kepada pihak berkuasa Filipina pada 2002 untuk tindakan lanjut.
Misuari turut dilaporkan mengaku
bahawa beliau merupakan pewaris Sabah yang sah mengikut 'pertalian darahnya'
dan menyalahkan agen Malaysia kerana menimbulkan keadaan huru-hara di Sulu.
Misuari yang masih mempunyai ramai
pengikut di Filipina diberitahu Dolofirno bahawa beliau mempunyai hubungan
rapat dengan Anwar Ibrahim dan menyofatkan beliau sebagai 'rakan lama'.
Beliau yang pernah mengadakan beberapa
pertemuan dengan wakil Malaysia ditegaskan oleh bekas Perdana Menteri Tun
Abdullah Ahmad Badawi berkenaan hal berkenaan dan kemudiannya akur dengan
keputusan tersebut.
Dalam pada itu, Sultan Fuad Kiram
yang menggelarkan dirinya waris Kesultanan Sulu pernah menganugerahkan kepada
Misuari gelaran 'Datu' yang membawa maksud Putera di Raja Kesultanan Sulu dan
Borneo Utara, semasa beliau menjalani tempoh tahanan dirumahnya sendiri pada 14
Mac.
Kiram kemudiannya menghadiri Majlis
Ulang Tahun Kemerdekaan MNLF pada 18 Mac sebagai tetamu kehormat.
Pada majlis tersebut, Ketua Penasihat
Kiram menggelarkan beliau sebagai waris Sulu yang sah. –KLPos
No comments:
Post a Comment