SAYA DENGAR KELUH
KESAH RAKYAT - PM
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
berkata, beliau mendengar keluh-kesah rakyat terutama berkenaan kenaikan kos
sara hidup.
Beliau menegaskan kerajaan sentiasa mencari formula sesuai
untuk menjaga kebajikan dan kesejahteraan mereka.
Dalam catatan terbaharu di laman Facebooknya, Najib berkata
pada masa sama, kerajaan juga perlu memandang ke hadapan demi memastikan
ekonomi negara terus mampan.
"Disebabkan itu, kerajaan bersetuju menubuhkan Makmal
Mengenai Kos Sara Hidup di bawah Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan
(Pemandu)," katanya.
Beliau menjelaskan makmal itu bertujuan mengkaji serta
merangka langkah susulan untuk meringankan beban rakyat dalam mengharungi
masalah kenaikan kos sara hidup.
Sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment