KANAK-KANAK 11 TAHUN BUNUH DIRI??
Kanak-kanak disyaki didera ibu tiri nyaris bunuh diri
KUALA LUMPUR 29 Feb. - Seorang kanak-kanak lelaki berumur 11 tahun nyaris
mengambil keputusan membunuh diri kerana disyaki tidak tahan dengan penderaan
ibu tirinya di Jinjang Utara di sini.
Mangsa ditemui dengan kesan lebam di bahagian pipi dan lengan kiri dipercayai
didera oleh ibu tiri dengan kayu pada 20 Februari lalu hanya kerana mangsa telah
membawa sijil kelahiran ke sekolah untuk menyertai pasukan bola keranjang tanpa
memaklumkan kepadanya.
Berikutan itu, satu laporan polis telah dilakukan oleh bapa saudara mangsa di
Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul pada 21 Februari lepas apabila mendapati masalah
tersebut semakin serius.
"Dia berasa amat takut dan tidak dapat menumpukan perhatian ke atas
pelajarannya sekarang dan mengadu ingin bunuh diri," kata bapa saudara mangsa,
31, ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Sumber: Utusan Malaysia 1 Mac 2012
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kias Delima terkejut dengan laporan berita ini.. Terdetik di hati Kias Delima bagaimana mungkin anak semuda ini boleh terfikir untuk bertindak sedemikian..