Monday, March 5, 2012

 MAS @ AIR ASIA??

Tun M Saran MAS Belajar Daripada Airasia

Tun M Saran MAS Belajar Daripada Airasia

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa Malaysia Airlines (MAS) supaya mengkaji langkah-langkah pengurangan kos dan struktur pengurusan AirAsia bagi membolehkannya kembali mencatat keuntungan.

Kini adalah peluang terbaik untuk mengkaji dan melihat mengapa syarikat penerbangan nasional itu terjerumus ke dalam krisis fiskal sedangkan syarikat penerbangan tambang rendah itu dapat membuat keuntungan, kata bekas Perdana Menteri itu kepada Bernama.


Errmmm... menarik jugak idea/nasihat dari Tun M nie. Rasanya tak salah pihak MAS mempertimbangkan usul dari tokoh tersohor negara ni. Tun M kan 'orang lama' yang sememangnya 'otai' berhubung isu ekonomi. JAdi, tak salah mencuba kan??


PRU-13???

"TENGAH TAHUN PALING SESUAI"


KUALA LUMPUR 4 Mac - Kemungkinan    
Pilihan Raya Umum Ke-13 akan diadakan pada pertengahan tahun ini adalah tidak  
mustahil dengan kelebihan yang kini jelas 
memihak kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).


Bagaimanapun, menurut Geostrategis 
Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Azmi Hassan, terdapat beberapa perkara yang terlebih dahulu perlu diberi perhatian oleh kerajaan BN sebelum pilihan raya umum   
diadakan.


Sumber: Utusan online

Hah.. tak sabar rasanya nak mengundi.. sebagai orang muda (yang tak seberapa muda), Kias Delima memang tertunggu-tunggu untuk mengundi.. yelah 4 tahun sekali kan?? memang rasa teruja.. 


Tapi, ini cuma pandangan yang diutarakan oleh pakar politik. Pihak kerajaan belum lagi membuat keputusan muktamad. Jadi, kenalah tungguuuu....


Apa pun, sebelum menjelang hari penting itu tiba, apakata kita semak dahulu di daftar pemilih. Di bawah ini adalah contoh webpage SPR. Anda boleh melayari webpage SPR, atau mengakses melalui SMS.


Klik di sini untuk Semak Daftar Pemilih di SPR 

Semak Daftar secara SMS

ikuti langkah dibawah ini :-
.
Untuk Semakan Taip : SPR SEMAK NO.IC
Contoh : SPR SEMAK 821220122222
Hantar Ke : 15888


.

Friday, March 2, 2012


PUTRAJAYA, BANGI BERGELAP 2 JAM



PENCAWANG Tenaga Nasional Berhad di Seksyen 16 Bandar Baru Bangi yang terbakar dan meletup menjadi punca beberapa kawasan di Putrajaya dan Bandar Baru Bangi terputus bekalan elektrik malam tadi. Sumber: Utusan Malaysia, 2 Mac 2012
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Black out.. kesian orang Putrajaya... 

Thursday, March 1, 2012


KOPI 'TAHI MUSANG' DIFATWA HALAL??



Persoalan mengenai status Kopi Luwak atau Kopi Tahi Musang, kopi termahal dunia dari Indonesia terjawab apabila ia difatwa halal oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, dengan syarat biji kopi berkenaan telah dibersihkan daripada kekotoran.


Utusan Malaysia memetik:  


         "Ulama-ulama fekah yang muktabar menjelaskan bahawa mana-mana bijian yang dimuntahkan oleh haiwan atau yang keluar bersama najis haiwan tersebut selagi mana ia tidak rosak dan masih kekal dalam rupa bentuknya yang asal atau jika ditanam ia mampu tumbuh, maka ia dihukumkan sebagai mutanajjis dan bukan najis."


Walaupun, kenyataan telah dikeluarkan oleh pihak berkenaan, pastinya masih ada pihak terutama pengguna di luar sana masih tidak berpuas hati dan ragu-ragu.. Apa tidaknya, namanya sahaja sudah meragukan.






BAYI TERSEDAK SUSU???



Elak gejala tersedak susu


Sejak akhir-akhir ini, kematian bayi akibat tersedak susu atau tercekik makanan semakin banyak dilaporkan. Terbaru, bayi perempuan berusia tujuh bulan meninggal dunia dipercayai akibat tersedak susu di rumahnya di Simpang Empat, Kangar, Perlis pada 16 Februari lalu.


Walaupun kes ini dianggap terpencil, ibu bapa tidak harus memandang ringan kejadian-kejadian tidak diduga ini.


Pensyarah Jabatan Anatomi, Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Dr. Noor Eliza Hashim, menjelaskan, masalah ini berpunca daripada proses menelan makanan oleh bayi. "


Sumber: Utusan Malaysia 26 Feb 2012


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Alamak, insiden sebeginilah yang amat merisaukan Kias Delima. Dan sudah pasti semua kaum ibu(terutamanya) dan bapa bayi akan jadi tak keruan apabila kekerapan kes ini makin ketara. 

KANAK-KANAK 11 TAHUN BUNUH DIRI??



Kanak-kanak disyaki didera ibu tiri nyaris bunuh diri



KUALA LUMPUR 29 Feb. - Seorang kanak-kanak lelaki berumur 11 tahun nyaris mengambil keputusan membunuh diri kerana disyaki tidak tahan dengan penderaan ibu tirinya di Jinjang Utara di sini.


Mangsa ditemui dengan kesan lebam di bahagian pipi dan lengan kiri dipercayai didera oleh ibu tiri dengan kayu pada 20 Februari lalu hanya kerana mangsa telah membawa sijil kelahiran ke sekolah untuk menyertai pasukan bola keranjang tanpa memaklumkan kepadanya.


Berikutan itu, satu laporan polis telah dilakukan oleh bapa saudara mangsa di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul pada 21 Februari lepas apabila mendapati masalah tersebut semakin serius.


"Dia berasa amat takut dan tidak dapat menumpukan perhatian ke atas pelajarannya sekarang dan mengadu ingin bunuh diri," kata bapa saudara mangsa, 31, ketika ditemui pemberita di sini hari ini. 

Sumber: Utusan Malaysia 1 Mac 2012

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kias Delima terkejut dengan laporan berita ini.. Terdetik di hati Kias Delima bagaimana mungkin anak semuda ini boleh terfikir untuk bertindak sedemikian..


Wednesday, February 29, 2012

MALAYSIA... NEGARAKU



Malaysia...negara kita. Negara bertuah, aman dan damai...
Namun, sejauh mana sayangnya kita kepada negara ini?? 
Kias Delima terus terus tertanya-tanya...