Monday, March 12, 2012

SHAHRIZAT BERUNDUR 




SELEPAS sekian lama dihujani persoalan mengenai kedudukannya dalam kerajaan, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akhirnya memutuskan akan mengundur diri daripada memegang jawatan itu sebaik sahaja penggal keanggotaannya selaku Ahli Dewan Negara tamat pada 8 April ini.

Dalam satu sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Jalinan Kasih Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di ibu negara, Shahrizat dengan tenang menegaskan keputusan meletak jawatan itu adalah keputusannya sendiri.



IMPIAN HATRIK BERKUBUR




LEE CHONG WEI

KUALA LUMPUR - Impian Datuk Lee Chong Wei memburu gelaran hatrik Kejohanan All England tidak kesampaian apabila dia terpaksa berundur sebelum sempat menghabiskan perlawanan akhir dengan seteru utamanya, Lin Dan di National Indoor Arena, Birmingham semalam.


Selepas tewas 19-21 pada set pertama, Chong Wei yang memulakan perlawanan dengan kecederaan bahu kanan, kelihatan agak terbatas pergerakannya pada awal set kedua dan ketika dia ketinggalan pada kedudukan 2-6, pemain No.1 dunia itu memutuskan untuk tidak meneruskan permainan.


Perkembangan itu nyata anti klimaks dan mengecewakan ribuan penonton di stadium serta jutaan peminat badminton di serata dunia yang menanti-nantikan pertembungan epik antara dua jaguh perseorangan terbaik dunia masa kini.
JOM BERAMAI-RAMAI KE PUTRAJAYA !!!


Thursday, March 8, 2012

KEHILANGAN NURUL NADIRAH vs FACEBOOK

dirang Harga sebuah kelekaan melampau kepada Facebook

Harga sebuah kelekaan melampau kepada Facebook

Kes terbaru kelalaian seorang ibu dengan Facebook membiarkan anak 5 tahun pergi ke kedai sendirian membeli makanan kerana kelaparan membawa padah apabila si kecil yang bernama Nur Nadirah Abdullah dilaporkan hilang.

Petikan daripada Harian Metro, “Saya akui leka melayari Facebook (fb) tanpa menyedari Dirang yang keluar membeli mi segera belum pulang hingga suami bertanyakan di mana anak,” kata Roselyn Alan, 25, ketika ditemui di rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam di sini, semalam. Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, anaknya, Nur Nadirah Abdullah yang lebih mesra dipanggil Dirang, lima tahun, hilang sejak Khamis lalu ketika membeli mi segera di kedai runcit berhampiran flat berkenaan.  Katanya, Dirang baru bangun tidur dan mengadu lapar serta mahukan mi segera. “Saya memberikan RM4 bersama nota bertulis ‘mi segera dua bungkus dan telur RM2’ sebelum memintanya ke kedai runcit berhampiran. “Selepas itu, saya melayari fb menyebabkan leka dan tidak teringatkannya langsung. “Bagaimanapun, saya tersentak apabila suami, Lima Medeng, 25, bertanya di mana Dirang selepas menjenguk ke bawah dan gagal menemui anak kedua kami”.

Tidak dapat dibayangkan gadis sekecil itu yang kelaparan itu disuruh pergi membeli makanan sendiri. Inilah harga sebuah kelekaan yang melampau kepada Facebook. Subhanallah….


Sumber: http://denaihati.com/harga-sebuah-kelekaan-melampau-kepada-facebook...

SBPA Batal. SSM ditambah baik!!

SBPA Dibatalkan SBPA Batal. SSM Kenaikan Gaji 13%!!
Semua kakitangan awam sudah mengetahui yang SBPA batal dan digantikan semula dengan SSM yang bakal ditambahbaik stuktur dan pelaksanaannya. SBPA dibatalkan selepas beberapa pertikaian dan bantahan disebabkan ketidakpuashatian penjawat awam mengenai skim SBPA sebelum ini.

Datuk Seri Najib Razak mengumum berita SBPA dibatalkan dalam ucapannya semasa Perhimpunan Khas Penjawat Awam sebentar tadi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Ini yang ditunggu-tunggu oleh semua penjawat awam di seluruh Malaysia selama ini. 

Antara isi penting ucapan & pengumuman Datuk Najib mengenai SBPA :
  • Datuk menceritakan semula perjalanan dan struktur SBPA semasa mula-mula diperkenalkan
  • Datuk Najib sempat menceritakan & menyentuh pula isu-isu yang berkaitan dengan muflis termasuklah perkembangan situasi di Greece.

SBPA batal, SSM ditambahbaik

  • Datuk Najib mengumumkan Struktur SBPA BATAL tetapi...
  • SSM akan ditambahbaik
  • Akan ada penubuhan suruhanjaya – Mengkaji & mempertimbangkan sebarang bentuk cadangan pada masa akan datang untuk penambaikan perkhidmatan awam
  • Pelarasan gaji mengikut SSM melibatkan gred 1-54 adalah sebanyak 13 %
  • Pecahan bagi pelarasan gaji pula : gred 1-54 iaitu melibatkan pelaksana & P&P (kenaikan 13%), gred khas Utama A/B/C (Kenaikan 9%), Turus 2 dan 3 (Kenaikan 8%), Turus 1 & juga Ketua Setiausaha Negara KSN (Kenaikan 7%)
  • SSM diubah daripada struktur gaji matrik ke struktur minimum maksimum gred 1-54= RM80 – RM320. Kenaikan gaji tahunan (KGT) adalah mengikut gred masing-masing sama seperti yang terkandung dalam SBPA dahulu…
  • Jusa naik ikut tangga gaji setelah dibuat pelarasan kenaikan. Mereka tidak ada sistem minimum – maksimum seperti gred 1-54
  • Bantuan sara hidup kawasan B naik dari RM200 ke RM250 sebulan. Manakala Kawasan C =RM100 ke RM150 sebulan
  • COLA kawasan B dan C naik RM50 (150/250)
  • Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK), Bayaran Insentif Wilayah (BIW), Bayaran Insentif Pedalaman (BIP) dan Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) dikekalkan pelaksanaannya mengikut peraturan sedia ada di bawah SSM.
  • Pegawai pendidikan dikekalkan penambaikan laluan kerjaya berasaskan time based 8 tahun seperti yang diumumkan daalm pembentangan Bajet 2012

Persoalan Disebalik SBPA Dibatalkan VS Pengumuman Kenaikan Gaji SSM Bagi Kakitangan Awam?

  1. Pasti yang akan bertanyakan soal tunggakan. Logiknya tunggakan hanya sah apabila SBPA kekal. Sekarang ini SBPA BATAL. Jadi apa maknanya di sini? Apa yang perlu dinantikan sekarang inii, hanyalah kenaikan gaji tahunan dan pelarasan. Kecuali pelarasan ini mahu dilakukan & dilaksanakan bermula Januari 2012. Kalau begitu, mungkin akan ada tunggakan. Mungkin?
  2. Tentang bila mahu dilaksanakan, masih belum diketahui lagi. Masih lagi “tergantung” di situ. Sama-sama kita nantikan….  
 Sumber: http://beritasemasa.com/sbpa-batal-ssm-kenaikan-gaji

Wednesday, March 7, 2012

MALAYSIA NEGARA PALING SELAMAT

utusanjohor@utusan.com.my


KULAIJAYA 6 Mac - Malaysia menduduki tangga ke-19 daripada 153 negara sebagai negara paling selamat di dunia dan berada di kedudukan teratas di kalangan negara Asia Tenggara.


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pencapaian itu diiktiraf secara global menerusi Indeks Keamanan Global (GPI) 2011 yang diumumkan tahun lalu.


Beliau berkata, ia merupakan peningkatan yang amat membanggakan berbanding 2009 yang menyaksikan Malaysia berada di kedudukan ke-26.


Semoga pengiktirafan ini akan menaikkan semangat & jati diri rakyat Malaysia agar terus hidup dalam suasana yang muhibbah dan bersatu. 
PERHIMPUNAN KHAS PENJAWAT AWAM BERSAMA PERDANA MENTERI AKAN DIADAKAN PADA 8 MAC 2012

Makluman dari Media Cuepacs:


Perhimpunan penjawat awam bersama YAB Perdana Menteri Malaysia akan diadakan pada:

                                  Tarikh : 8 Mac 2012

                                  Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari

                                  Tempat : Dewan Perdana, Dewan A dan Dewan B 
                                                 Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)



Semua penjawat awam di seluruh Malaysia dijemput hari bagi mendengar satu pengumuman penting yang akan disampaikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib bin Tun Abdul Razak.