Friday, March 30, 2012


ORANG RAMAI PERLU DIDEDAHKAN NOMBOR TELEFON AGENSI PENYELAMAT



UTUSAN MALAYSIA, PONTIAN 29 Mac - Orang ramai perlu didedahkan dengan maklumat serta nombor telefon agensi penyelamat bagi memudahkan mereka mendapat bantuan segera sekiranya berlaku kecemasan di kawasan masing-masing.


Ahli Dewan Undangan Negeri Benut, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, risalah atau nombor telefon agensi seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), hospital dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) perlu diedar dan ditampal di premis perniagaan.


Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional Pontian berkata, cadangan itu adalah hasil maklum balas orang ramai ekoran kejadian kebakaran 10 rumah kedai di Pekan Ayer Baloi yang mengorbankan dua nyawa, baru-baru ini.







KD: Bukankah ini nombornya??
INDONESIA MAHU HARAM PEMAKAIAN SKIRT

Jawatankuasa Anti Pornografi Indonesia menyenaraikan skirt pendek sebagai satu daripada kriteria yang terkandung dalam Undang-undang Pornografi 2008.


Bagaimanapun, pengerusi jawatankuasa itu, Suryadharma Ali berkata, definisi tersebut haruslah diguna pakai di seluruh wilayah di Indonesia sekalipun terdapat perbezaan budaya di kalangan masyarakat.


KD: Menarik juga idea ni... tapi perlu dihalusi kerana ia mungkin menganggu sensitiviti sesetengah kaum..


ORANG RAMAI GEMPAR, RESTORAN TERBAKAR DI KLCC

KUALA LUMPUR 29 Mac - Ribuan pengunjung pusat beli-belah terkemuka Suria KLCC hari ini gempar apabila satu kebakaran berlaku di Restoran Chinoz on the Park sehingga menyebabkan mercu tanda negara itu ditutup hampir satu jam.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 5.30 petang, kira-kira 5,000 orang yang terdiri daripada pengunjung dan pekerja terpaksa diarahkan untuk keluar dari bangunan KLCC.

KD: Malang tak berbau..

SENAMAN DI PEJABAT - 10 MINIT, 3 KALI SEHARI

Senaman Ringkas ini boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana saja mengikut tempat kegemaran tanpa perlu mengeluarkan kos perbelanjaan yang tinggi, malah percuma.

Ia hanya memerlukan 10 minit dan 3 kali sehari berbanding senaman biasa selama 30 minit. 
Lakukan di tempat kerja dan di rumah iaitu 10 minit sebelum pergi bekerja, 10 minit ketika waktu rehat atau makan tengah hari serta 10 minit sebelum pulang ke rumah.
Sumber: http://anizyn.blogspot.com


KD: Badan sihat, otak cergas..

Thursday, March 29, 2012


BANGUNAN BARU KERAJAAN DIWAJIB SEDIAKAN TASKA



UTUSAN MALAYSIA, KUALA LUMPUR 28 Mac – Semua bangunan baharu milik kerajaan selepas ini diwajib menyediakan taman asuhan kanak-kanak (taska) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Heng Seai Kei berkata, sehingga kini hanya 60 buah taska di bangunan sektor awam ditubuhkan.


Katanya, langkah mewajibkan bangunan baharu menyediakan taska adalah sebagai satu strategi untuk meningkatkan bilangan wanita dalam pasaran pekerjaan.


Kias Delima: Kewujudan TASKA sememangnya penting untuk kemudahan dan kelancaran para ibu yang bekerja.

66 MURID KERACUNAN MAKANAN

UTUSAN MALAYSIA: PULAU PINANG 28 Mac - Seramai 66 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Mutiara Perdana, Bayan Lepas dekat sini, keracunan makanan selepas minum susu soya yang dibekalkan sebuah syarikat pengeluar minuman sempena Program Pendidikan Susu Soya di sekolah itu, pagi ini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 10 pagi selepas semua murid tersebut selesai menghadiri taklimat program itu di dewan sekolah.

P/s: makan salah, x makan salah..

Wednesday, March 28, 2012


3 'GADIS TIANG' DIDENDA RM25


UTUSAN - RASAH 28 Mac - Denda maksimum RM25. Itu hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Majistret Seremban, dekat sini hari ini ke atas tiga gadis yang terlibat dalam aksi menari tiang di sebuah pusat hiburan di Nilai pada Sabtu lalu.

Ketiga-tiga mereka masing-masing dikenakan denda tersebut setelah mengaku bersalah atas tuduhan berkelakuan kurang sopan dengan berpakaian seksi dan melakukan aksi mengghairahkan.

Faiqah Azizan, 24, Nurul Huda Abdul Rahman, 23, Nooranishah Mohamad Isa, 19, yang masing-masing memakai baju kurung dan bertudung hanya mengangguk kepala tanda mengaku selepas pertuduhan dibacakan kepada mereka di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh.

Mengikut kertas pertuduhan, mereka didakwa menari di atas pentas dengan mengenakan pakaian seksi serta melakukan aksi mengghairahkan selain berkelakuan kurang sopan di tempat hiburan awam.













Kias Delima: Denda RM25?? lebih kurang sama dengan tawaran tiket murah kapal terbang je???