Sunday, December 9, 2012

PIKAP MAHU MEDIA TEMPATAN LEBIH BERHATI-HATI DALAM LAPORAN MENGENAI PEMBANTU RUMAH ASING

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kebangsaan Agensi Pekerjaan Malaysia (PIKAP) mahu media tempatan lebih berhati-hati menyiarkan laporan mengenai pembantu rumah asing pada masa depan bagi mengelak suasana 'panas' antara Malaysia dengan negara sumber.

Presiden PIKAP, Datuk Raja Zulkepley Dahalan berkata ini berikutan beberapafakta mengelirukan berhubung dakwaan 105 pekerja asing dikurung di sebuah agensipekerjaan di Klang baru-baru ini yang mencerminkan seolah-olah negara ini tidaklagi selamat untuk pekerja asing.

Beliau yang mengadakan sidang media di sini hari ini bagi menjelaskan situasi sebenar berkata, PIKAP telah menubuhkan satu pasukan petugas sehari selepas kejadian bagi menyiasat sendiri situasi berkenaan.

"Kita telah pergi sendiri ke agensi terbabit dan amat kesal ada laporan yangmenyatakan pekerja-pekerja asing ini tidak dibayar gaji dan diberi makan kertas serta tidak diberikan makanan yang cukup.

"Sebagai agensi yang berdaftar di bawah PIKAP, kami berasa bertanggungjawab memberitahu keadaan sebenar kepada masyarakat apa yang sebenarnya yang berlakudi agensi terbabit," katanya di sini.

Raja Zulkepley berkata memang terdapat kes pekerja tidak dibayar gaji tetapi ia hanya melibatkan dua kes pembantu rumah Kemboja dan kes itu telahpun dibawa ke pihak kedutaan untuk diselesaikan dengan Jabatan Tenaga Kerja (JTK).

"Agensi hanya bertindak sebagai pengurus antara majikan dengan pekerja, dan gaji dibayar oleh majikan bukan agensi.

"Siasatan juga mendapati tidak ada pekerja yang dihantar bekerja sebagai tukang bersih seperti didakwa kerana rata-rata mereka telah diberitahu akan bekerja sebagai pembantu rumah di sini malah 82 daripadanya telah mempunyai majikan yang menunggu," katanya.

Beliau berkata, baki 80 pekerja lagi rata-ratanya baru sampai tiga hingga seminggu lalu dan belum memulakan pekerjaan kerana mereka sedang menunggu kelulusan JP Visa dari Imigresen dan laporan kesihatan dari Agensi Pengawasan Pemeriksaan Perubatan pekerja Asing (Fomema) selain latihan.

"Malahan JP Visa empat daripadanya telah pun diluluskan,"katanya.

Berhubung laporan pekerja-pekerja tidak diberi makan yang cukup, Raja Zulkepley berkata ia berlaku di rumah majikan tempat mereka bekerja dan bukan di agensi berkenaan.

Katanya, melalui lawatan PIKAP ke agensi berkenaan, terdapat banyak bekalan makanan disimpan sebagai membiayai keperluan makan tiga kali sehari mengikut standard biasa agensi pekerjaan negara ini.

"Kita juga mendapati para pekerja ditempatkan di bangunan berkeluasan 20x80kaki persegi dan diletakkan sama bangunan dengan pejabat urusan pentadbiran selain terdapat akses untuk ke ruang pejabat dan tidak ditinggalkan sendirian," katanya.

Mengenai adanya laporan pekerja dipaksa memakan kertas surat khabar apabilacuba bersuara, Raja Zulkepley berkata hanya seorang sahaja pekerja yang membuatpengakuan berkenaan tetapi ia sangat diragui dan siasatan terperinci dan buktikukuh perlu diperoleh pihak terlibat.

Katanya, maklumat daripada sumber yang boleh dipercayai mengesahkan laporanperubatan hospital kerajaan membuktikan tidak ada kesan penderaan fizikal padatubuh badan mereka.

"Justeru dengan pendedahan ini, kita minta media lebih beretika dalam melaporkan berita ini kerana laporan sebelum ini menampakkan seolah-olah kesemua 105 pekerja terbabit tidak dibayar gaji, didera dan tidak diberi makan yang cukup dan paling teruk diberi makan kertas, satu tindakan yang amat tidak berperikemanusiaan," tegasnya.

Dalam pada itu, PIKAP tidak akan melindungi mana-mana agensi pekerjaan atau anggota yang tidak bertanggungjawab atau menjalankan aktiviti memperdagangorang dalam menguruskan penggajian pekerja asing.

Isnin lalu beberapa media tempatan melaporkan Jabatan Imigresen Selangormenyelamatkan 105 wanita warga asing dalam Ops Khas 6P dalam satu serbuan di sebuah syarikat agensi pembantu rumah yang beroperasi di Bandar Baru Klang, disini.

Laporan tersebut menyebut mereka bukan saja dikurung, malah turut dipaksa makan kertas surat khabar selain tidak dibayar gaji sejak enam bulan lalu. BERNAMA/mStar

Saturday, December 8, 2012

PEMANDU GUNA GAJET BARU ELAK PERANGKAP AES

KUALA LUMPUR: Orang ramai seolah-olah akan melakukan apa sahaja untuk melanggar undang-undang.

Ketika kecoh diperkatakan tentang Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang masih diteruskan, muncul satu gajet baru yang dijual dalam talian untuk membantu pemandu mengelak daripada dikenakan undang-undang trafik dan mengelak kesalahan dikesan melalui kamera.

Peranti buatan Taiwan ini dikenali sebagai "burglar-proof licence plate" tetapi ia juga mungkin dipanggil "sistem melarikan diri automatik" untuk perangkap kelajuan.
Ia mengaburi nombor plat depan dan belakang kenderaan atau salah satu daripadanya dengan hanya menekan satu butang.

Pengguna harus mengaktifkannya apabila mereka melihat tanda amaran kamera perangkap kelajuan.

Kain hitam akan tertarik ke bawah secara automatik untuk menutup nombor plat, seperti versi kereta jenis Aston Martin DB5 yang digunakan dalam filem James Bond 'Goldfinger' dan Thunderball, pada tahun 1960-an.

Alat ini, yang berharga RM400 agak mudah dipasang dan hanya mengambil masa kurang dari satu jam, telah menjadi item panas dan laris dengan penguatkuasaan AES.

Ia sedang dipasarkan melalui akaun Facebook yang menyenaraikan nombor telefon ejen di sekitar Lembah Klang.

Malah, terdapat juga peniaga di sekitar Johor dan Pahang.

Pemandu juga boleh membawa peranti ke kedai-kedai aksesori kenderaan untuk dipasang dengan upah kira-kira RM30.The Star bertemu seorang ejen di Bandar Sri Damansara yang mempunyai beberapa unit alat ini di dalam but keretanya.

Lelaki itu, dalam usia 40-an menjelaskan bagaimana untuk memasang penutup plat, wayar dan bingkai logam serta bagaimana untuk mengujinya sebelum digunakan.

"Pada mulanya, saya menjual satu atau dua unit kepada kawan rapat melalui Facebook tetapi kini permintaan sangat baik dengan adanya AES dan saya dapat menjual kira-kira 15 unit sehari," katanya.

Dia juga menawarkan lain-lain "nasihat" yang melanggar undang-undang, seperti di mana letaknya perangkap kelajuan di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Karak.

"Jika anda ke Johor Bahru, tutup nombor plat depan kerana kamera hanya menangkap gambar dari hadapan. Jika anda menuju ke Kuantan, Pahang, tutup nombor plat belakang kerana kamera hanya menangkap gambar dari belakang," katanya.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pengangkutan Jalan Selangor Ahmad Awang berkata menutup nombor plat adalah satu kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Pesalah boleh disaman dan diperintah untuk menghapuskannya. Adalah suatu kesalahan jika plat atau sebahagiannya dilindungi, begitu juga jika saiz huruf atau nombor berubah dan tidak boleh dilihat dengan jelas.

"Jika ditangkap, pesalah perlu membuka alat tersebut dan membawa kenderaan untuk pemeriksaan dalam tempoh masa yang ditetapkan," katanya. -mStar

KD: Inilah yang dinamakan 'business minded'.. 


Friday, December 7, 2012

TUTUP KAMERA AES: MENTERI SIFATKAN KERAJAAN SELANGOR TAK BERTANGGUNGJAWAB

PUTRAJAYA: Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha menyifatkan kerajaan Selangor sebagai kerajaan negeri yang tidak bertanggungjawab kerana tidak menghiraukan keselamatan pengguna jalan raya.

Katanya tindakan kerajaan Selangor mahu mencabut atau menutup kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) itu juga hanya untuk mencari publisiti murahan dan memancing undi.

"Saya katakan mereka kerajaan negeri yang sangat tidak bertanggungjawab, terutama (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor) Ronnie Liu yang mendapat publisiti murahan setiap hari.

"Di Selangor, 1,070 orang mati dalam kemalangan jalan raya tahun lalu. Ada Ronnie Liu ucap takziah kepada keluarga mangsa? Dia tidak hirau langsung," katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Kong berkata jika benar mereka kerajaan yang bertanggungjawab dan prihatin, mereka sepatutnya mengambil berat terhadap mangsa yang terbabit dalam kemalangan jalan raya.

Beliau diminta mengulas kenyataan Liu yang dilapor mahu mencabut dua kamera AES minggu ini iaitu yang dipasang di Km 6.6 Lebuhraya Lembah Klang Selatan (NKVE) dan di Km 301.6 Lebuhraya Utara-Selatan, arah utara.

Kong juga membidas tindakan Liu yang mengeluarkan kenyataan berbeza setiap hari semata-mata mahu mendapat liputan, khususnya menerusi media berbahasa Cina.

"Dulu kata nak cabut AES, sekarang nak tutup pula. Buatlah keputusan," katanya.

- BERNAMA/BHarian

GLOBAL TERRORISM INDEX LAPOR MALAYSIA ANTARA NEGARA AMAN DARIPADA ANCAMAN MILITAN

KUALA LUMPUR: Global Terrorism Index meletakkan Malaysia antara negara yang aman daripada ancaman militan iaitu di tangga ke-90 daripada 158 negara di dunia.

Menurut Pengarah Petugas Khas (Operasi dan Counter Terrorism) Bukit Aman Datuk Muhamad Fuzi Harun, laporan yang dikeluarkan Institute for Economics and Peace dari Amerika Syarikat itu berdasarkan kajian serangan pengganas seluruh dunia bagi tempoh 2002 hingga 2011.

Kejayaan negara berada sebaris dengan negara yang kurang dari segi aktivitikeganasan adalah hasil kecekapan dan ketangkasan pihak risikan polis sertakejayaan menumpaskan kegiatan pengganas di negara ini, katanya ketika dihubungiBernama, di sini, Khamis.

"Kita kena ingat masalah keganasan ini bukan masalah domestik sebaliknya masalah antarabangsa, jadi inisiatif yang polis ambil selain memperkasakan unit risikan ialah kita sentiasa menjalinkan hubungan baik dengan polis antarabangsa (Interpol) dan polis dari negara lain," katanya.

Beliau menambah kerjasama erat bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjadikan aktiviti militan di negara ini dapat dikekang dengan baik.

"Kita sentiasa bekerjasama dengan ATM terutamanya dalam bidang logistik, inipenting bagi kita untuk membawa suspek yang disyaki menjadi anggota kumpulanmilitan dengan bantuan logistik dari ATM," katanya.

Mohamad Fuzi berkata pemantauan dan tindakan yang diambil secara berterusanmelalui maklumat yang diterima menjadikan Malaysia mampu mengawal aktiviti militan di negara ini dengan sempurna.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin pula memberi jaminan aktiviti militan mampu dikekang di negara ini berdasarkan pemantauan dan risikan yang dilakukan oleh tentera dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau berkata Malaysia tidak dapat lari daripada menerima tempias kumpulanmilitan berdasarkan faktor kumpulan pengganas menjadikan negara jiran sebagaitempat untuk merekrut anggota baharu.

"Namun di Malaysia, keadaannya terkawal dan sentiasa dipantau," tegasnya.

Menurut laporan Global Terrorism Index yang dikeluarkan pada Rabu, untuk tempoh 10 tahun sejak 2002, Malaysia hanya mencatatkan enam insiden militan iaitu dari tahun 2008 sehingga 2010.

Laporan itu menyebut tiada aktiviti militan di Malaysia pada 2011 dan pada 2002 sehingga 2007.

Pada 2010 tiga kes pengganas dilaporkan berlaku di negara ini yang tidakmelibatkan kerosakan harta benda, kecederaan dan kematian.

Pada tahun itu polis berjaya menghalang cubaan meletupkan kuil di Batu Caves, Selangor dan kuil Kuan Yin di Air Itam, Pulau Pinang serta menahan sembilan warga asing dan seorang warga tempatan kerana terbabit dalam aktiviti pengganas antarabangsa di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Pada 2009, hanya satu insiden pengganas dilapor dan melibatkan satu kecederaan, manakala pada 2008 hanya dua kes kegiatan pengganas dilapor, melibatkan kerosakan kepada harta benda tanpa mengakibatkan kematian dan kecederaan.

Laporan itu yang dikeluarkan untuk menepis tanggapan silap dan membantu usaha menangani keganasan di peringkat antarabangsa, mencatatkan kedudukan 158negara berdasarkan jumlah insiden keganasan, jumlah kematian akibat keganasan,jumlah kecederaan akibat keganasan dan anggaran kerosakan harta benda akibatkeganasan.

Iraq, Pakistan, Afghanistan dan India adalah antara negara yang paling terukmenerima kesan akibat keganasan dan militan. BERNAMA/-mStar