BUDAK 2 TAHUN MATI LEMAS DI TASIK TITIWANGSA
KUALA LUMPUR – Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun, yang hilang ketika 
bermain di taman permainan dekat Tasik Titiwangsa di sini, semalam, ditemui 
terapung setelah lemas di tasik itu pagi ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah 
berkata, mayat kanak-kanak malang itu ditemui terapung berhampiran kawasan 
permainan di taman itu oleh orang ramai pada pukul 7.30 pagi. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur.
“Pada kejadian, kanak-kanak tersebut bersama ibunya berumur 18 tahun serta ibu saudaranya berkelah di situ,” katanya kepada pemberita hari ini.
Beliau berkata, kanak-kanak itu dipercayai tergelincir semasa bermain di padang permainan itu dan selepas dilaporkan hilang, usaha mencari dilakukan sehingga pukul 12.30 tengah malam tadi. – BERNAMA

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kepada ibubapa awasilah 
anak-anak kita. Jangan biarkan nasi jadi bubur. Menyesal pun sudah tiada 
guna. Kita hanya mampu berusaha namun Allah yang menentukan segalanya.
No comments:
Post a Comment