LAGI REMAJA LARI DARI RUMAH??
JERANTUT 21 Mac - Kurang 24 jam seorang remaja berusia 15 tahun dilaporkan 
hilang oleh keluarganya di Kuantan, sebelum ditemui selamat dan mengaku mengikut 
teman lelakinya petang semalam, sebuah lagi keluarga di negeri ini turut 
menerima nasib sama.
Keluarga itu merayu remaja tersebut, Nornabila Mat Yaacob, 15, agar pulang ke 
pangkuan mereka setelah menghilangkan diri semasa keluar dari rumah bersama 
rakannya malam kelmarin.
Seperti kisah di Kuantan, Nornabila juga hilang semasa hendak membeli kad 
tambah nilai di Taman Koperasi di sini.
No comments:
Post a Comment