SEREMBAN 5 Mac– Seorang ibu mendakwa anak sulungnya
yang merupakan murid tahun satu sebuah sekolah kebangsaan di sini mengalami
lebam teruk di seluruh tubuh dipercayai menjadi mangsa buli tiga pelajar senior
yang meminta wang daripada mangsa.
Suzianawati Mohamad, 33, berkata, Faqrul Hakimi
Mohd. Kamarulzaman, 7, mengalami lebam-lebam di muka, badan, paha dan betis
dipercayai dipukul dengan objek keras dalam kejadian Jumaat lalu.
Akibatnya, kata beliau, anaknya itu kini trauma
sehingga sukar untuk menerangkan kepadanya mengenai kejadian sebenar yang berlaku.
SUZIANAWATI menunjukkan kesan-kesan lebam pada belakang tubuh Faqrul yang didakwa dipukul murid senior. Sumber: Utusan Malaysia
No comments:
Post a Comment