TUTUP KES AZMIN: ARAHAN ANWAR BUKAN
LUAR BIASA – DR.M
KUALA LUMPUR
30 Mei - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mendakwa, tindakan
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk
mengarahkan pegawai tinggi kerajaan melakukan sesuatu bukanlah perkara yang
luar biasa.
Menurut Dr.
Mahathir, Anwar ketika didakwa di mahkamah sewaktu menjadi Timbalan Perdana
Menteri pada penghujung 1990-an, pernah mengarahkan polis untuk menakutkan
beberapa saksi yang terlibat dalam pertuduhan salah guna kuasa dan liwat
dihadapinya.
"Kalau
dia mengarah itu bukan sesuatu yang luar biasa kerana dia biasa mengarah
pegawai polis untuk menakutkan orang, itu pun dia biasa buat juga.
"Dia
(Anwar) suruh polis 'gempaq' (menakutkan) pakar pergigian, (Allahyarham) Dr.
Ristina Majid dan Ummi Hafilda (adik Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali) yang
terlibat dalam perbicaraan. Dia guna kuasa polis dengan cara salah,"
katanya.
Dr. Mahathir
yang juga Presiden Kehormat Yayasan Kepimpinan Perdana berkata demikian kepada
pemberita selepas berucap pada Sidang Meja Bulat Asia-Pasifik Ke-26 di sini
hari ini.
Beliau
mengulas pendedahan pengendali portal Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin
tentang bagaimana Anwar ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri bertindak
menutup kes rasuah membabitkan setiausaha sulitnya, Azmin Ali.
(Sumber:
UtusanMalaysia 31/05/2012)
No comments:
Post a Comment