Pandangan itu disampaikan bekas Perdana Menteri yang juga
bekas Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad yang khuatir masa depan parti itu
terjejas tanpa perpaduan, selepas parti itu mengharungi pelbagai cabaran untuk
mempertahankan agama, bangsa dan negara selama ini.
Sehubungan itu, beliau berkata, sempena sambutan ulang
tahun UMNO, tiba masanya kepemimpinan dan ahli UMNO diingatkan mengenai
pentingnya kembali ke perjuangan asal dan mengutamakan kesetiaan kepada parti,
bukan pemimpin atau individu tertentu.
No comments:
Post a Comment