Timbalan
Perdana Menteri menyifatkan tindakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi
Nasional (PTPTN) membekukan pinjaman kepada mahasiswa Universiti Industri
Selangor (Unisel) sebagai "adil" kerana ia hanya reaksi kepada dasar
PKR.
Tan Sri
Muhyiddin Yassin bagaimanapun berkata tindakan PTPTN itu hanya bersifat
sementara waktu."Dia tangguh, bukan batal, nak periksa dulu. Adil lah.
Kalau MB kata tidak perlu ambil, tidak perlu bagi lah."
Terdahulu
PTPTN memutuskan untuk menangguhkan pinjaman kepada pelajar Universiti Selangor
(Unisel) buat sementara waktu.
PTPTN dalam
kenyataan media pada Rabu berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira
desakan parti pembangkang supaya pinjaman tersebut dimansuhkan dan pendidikan
percuma diperkenalkan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di negara ini.
"PTPTN
sentiasa mengikuti perkembangan ini dan memandang berat cadangan serta desakan
tersebut, terutamanya ia datang daripada parti pembangkang yang kebetulan
adalah kerajaan di negeri Selangor," menurut kenyataan itu.
Sehubungan
itu, PTPTN beranggapan bahawa IPT yang dikuasai kerajaan negeri seperti Unisel
dan Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis) bersedia menyediakan pendidikan
percuma kepada para pelajarnya sekali gus menolak pinjaman PTPTN.
"PTPTN
percaya terhadap kesungguhan kerajaan negeri untuk melaksanakan pendidikan
percuma. Oleh itu, pinjaman PTPTN di kalangan pelajar tidak diperlukan.
No comments:
Post a Comment