KHAIRY GESA BERI SEMULA PTPTN KEPADA
UNISEL
PETALING JAYA: Pemuda Umno menggesa agar Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membuka semula penyaluran pinjaman kepada pelajar-pelajar Universiti Selangor (Unisel).
Ketuanya,
Khairy Jamaluddin berkata, pelajar universiti itu tidak seharusnya menjadi
mangsa kepada sikap kerajaan pembangkang yang ternyata gagal menyediakan
pendidikan percuma di universiti di bawah pentadbiran mereka.
"Memang
sudah terbukti mereka (pembangkang) tidak mampu melaksanakan sistem pendidikan
percuma.
"Oleh
sebab itu janganlah jadikan pelajar-pelajar baru yang ingin melanjutkan
pelajaran di peringkat pengajian tinggi ini menjadi mangsa keadaan...berilah
PTPTN kepada mereka yang ingin mendapatkannya," katanya kepada mStar
Online di sini, Khamis.
Beliau
berkata demikian sebagai mengulas mengenai tindakan PTPTN membekukan pinjaman
kepada pelajar Unisel buat sementara waktu bermula sesi kemasukan April lalu.
Keputusan
itu dibuat selepas mengambil kira desakan parti pembangkang supaya pinjaman
tersebut dimansuhkan dan pendidikan percuma diperkenalkan di Institusi
Pengajian Tinggi (IPT) di negara ini.
Mengulas
lanjut, Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata: "Matlamat politik
untuk beri pengajaran kepada pembangkang sudah kita buktikan iaitu mereka
memang tak mampu beri pendidikan percuma...jadi cukuplah tu.
"Berilah
semula pinjaman kepada pelajar-pelajar itu," katanya.
Sumber: http://mstar.com.my/berita
No comments:
Post a Comment