Menteri
Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai kini mengatakan bahawa dia tidak membayar satu
sen pun untuk nombor nombor plat WWW 15 yang dibidanya.
Dalam
tweetnya lewat hari ini, Liow berkata telah dimaklumkan oleh Jabatan
Pengangkutan Jalan (JPJ) bahawa beliau tidak perlu membayar RM24,200 harga
bidaan yang ditawarkan kepadanya, kerana nombor itu adalah "percuma".
Katanya,
sebarang pertanyaan lanjut hendaklah dirujuk kepada JPJ.
Bagaimanapun,
ini bercanggah dengan laporan akhbar China Press hari ini, yang memetik
jurucakap JPJ Wilayah Persekutuan sebagai berkata setiap orang yang membida
nombor plat, perlu membayar untuk mendapatkannya.
Katanya,
para menteri boleh memohon nombor plat secara percuma dari JPJ, tetapi ia tidak
membabitkan 'nombor panas' seperti yang dibida oleh Liow.
Sumber: http://www.malaysiakini.com
No comments:
Post a Comment