Rancangan
PKR untuk membiaya pendidikan tinggi percuma melibatkan dana berjumlah RM2.5
bilion setahun bagi menyediakan elaun RM5,000 kepada setiap 500,000 penuntut
universiti setiap tahun.
Pengarah
strategi parti itu Rafizi Ramli berkata jumlah tersebut akan dapat menampung
perbelanjaann asas pelajar, manakala yuran pengajian pula akan diberikan
percuma.
Katanya,
elaun sebanyak RM5,000 itu boleh digunakan untuk mengimbangi yuran pengajian.
Rafizi
berkongsi tawaran Pakatan Rakyat kepada sekumpulan siswa di Shah Alam.
Katanya,
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional yang menyediakan pinjaman murah
kepada siswa tidak dapat dilestarikan.
Katanya,
hutang siswa sebanyak RM24 bilion kepada PTPTN itu akhirnya perlu ditampung
oleh kerajaan.
Rafizi
bagaimanapun enggan mendedahkan butiran rancangan berkenaan.
Sumber: http://www.freemalaysiakini2.com
No comments:
Post a Comment