Menteri
besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menjelaskan bahawa cadangan untuk
memansuhkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional itu akan dilaksana
sekiranya Pakatan berjaya menawan
Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.
Dengan
kemenangan itu, Pakatan mampu menjalankannya apabila dapat menguasai
perbendaharaan negara, katanya.
Malah
Pakatan mampu melakukannya dalam tempoh 100 hari – sekiranya BN terus
menyerahkan pentadbiran negara kepada Pakatan, katanya lagi dengan sinis.
"Cadangan
daripada (ketua pembangkang) Datuk Seri Anwar atas asas, sekiranya kami
berpeluang untuk menguasai Putrajaya.
"Kalau
kita menguasai perbendaharaan, keutamaan kita antaranya mengenai peruntukan
pendidikan.
"Peruntukan
pendidikan, kita akan pastikan pendidikan percuma boleh dilaksanakan kepada
setiap warga negara di negara ini... Bukan sekarang," kata Khalid dalam
satu sidang media hari ini.
Beliau
mengulas satu kenyataan menteri pengajian tinggi Datuk Mohamed Khaled Nordin
yang menggesa Universiti Selangor – sebuah institusi bahawa kerajaan negeri –
membatalkan yuran pengajiannya selari dengan kempen Pakatan Rakyat untuk
memberi pendidikan percuma.
Khaled
menulis demikian malam tadi susulan laporan Malaysiakini bahawa PTPTN
membekukan pinjaman untuk siswa baru Unisel.
Khaled
menyalahkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu pinjaman
kepada pelajar baru Unisel itu kerana Anwar menggesa supaya siswa tidak
membayar semula pinjaman melalui PTPTN.
Sumber: http://www.malaysiakini.com
No comments:
Post a Comment