Satu kajian mendapati golongan belia Malaysia adalah bermoral di mana kebanyakan mereka tidak melibatkan diri dengan aktiviti maksiat seperti judi dan lumba haram.
Tetapi pakar
mempersoalkan mengenai ketetapan hasil kajian Indeks Belia Malaysia 2011 oleh
Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia di bawah Kementerian Belia dan
Sukan.
Laporan kaji
selidik itu sendiri menasihatkan supaya berhati-hati untuk menerima hasil itu
dalam kategori Salah Laku.
Laporan yang
berdasarkan jawapan 6,267 responden dari 13 negeri dan wilayah persekutuan
berkata, belia berkata, belia secara konsisten mencatatkan atas daripada 96
mata (bagi skala 0 sehingga 100) dalam enam sub-petunjuk di bawah kategori
Salah Laku, menunjukkan perubahan positif berbanding dua kaji selidik
sebelumnya pada 2006 dan 2008.
Perubahan
paling postif adalah dalam sub-petunjuk “tidak berjudi / tidak terlibat dalam
perjudian sehingga terpaksa berhutang”, dengan catatan responden iaitu 99.0
mata – hampir 11 mata meningkat daripada catatan pada 2008 iaitu 88.7 dan lebih
tinggi berbanding 2006 dengan 86.6.
Responden
turut mencatatkan hampir sempurna dengan 99.0 mata dalam sub-kategori “tidak
terlibat dalam lumba haram, satu peningkatan yang mantap daripada 96.3 mata
pada 2008 dan 95.4 mata pada 2006.
Turut
terdapat peningkatan yang mendadak bagi belia yang mengelakkan seks luar nikah.
Ia juga
terdapat peningkatan yang ketara dalam pemarkahan tiga sub-petunjuk lain iaitu
tidak minum alkohol, tidak minum alkohol sehingga mencetuskan huru-hara, tidak
merosakkan harta benda awam dan tidak mengambil dadah atau bahan larangan.
Bagaimanapun,
laporan itu berkata, kajian itu menggunakan penarafan diri, yang mendorong
kepada kecenderungan memberikan maklum balas yang diingini orang ramai untuk melihat
mereka lebih baik meskipun maklumat responden akan dirahsiakan.
Seorang
perunding media, yang enggan dikenali berkata, vandalisme dan lukisan grafiti
tidak menular seperti di kebanyakan negara lain.
“Dan tidak
seperti belia di Britain yang pergi minum di pesta-pesta, dan belia kita tidak
minum sehingga mencetuskan kekacauan,” katanya.
-MStar Online
No comments:
Post a Comment