Barisan pemimpin Pakatan Rakyat pada malam tadi
memperkenalkan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli sebagai calon untuk kawasan
parlimen Pandan.
Ucapan pemimpin berkenaan termasuk Ketua Umum PKR Datuk
Seri Anwar Ibrahim juga penuh dengan pujian kepada Rafizi.
Dalam ceramah di Taman Seraya, dalam kawasan parlimen
Pandan itu, Anwar berkata Rafizi merupakan antara individu yang
bertanggungjawab menjalankan penyelidikan untuk dasar Pakatan, termasuk tawaran
gaji minimum.
Ketika
ditemui, Rafizi yang memakai ves jentera pilihan raya PKR untuk kawasan
parlimen P100 itu bagaimanapun berkata pengumuman tersebut bukanlah sesuatu
yang dirancang.
Oleh sebab
itulah beliau tidak berucap panjang dalam ceramah tersebut, katanya lagi yang
tidak putus-putus dikerumuni oleh golongan muda yang ingin bergambar dan
mendapatkan tandatangannya. -Mstar Online
KD: Siapa di antara
mereka lebih layak untuk menang?
Parlimen
Pandan boleh dikatakan kubu kuat BN, kerana sewaktu berlaku Tsunami PRU12 lalu
BN hanya dapat bertahan di Parlimen Pandan selain Sepang, Tanjong Karang,
Sungai Besar, Sabak Bernam.
Dilihat
kepada faktor lain, Ong merupakan orang tempatan dan disenangi oleh penduduk
setempat. Manakala, Rafizi pula berasal dari Terengganu, popularitinya
dikatakan melonjak setelah berdebat dengan KJ.
No comments:
Post a Comment