PUTRAJAYA: Lebih 900 individu yang didapati bersalah terhadap
tuduhan rasuah termasuk personaliti berprofil tinggi disenaraikan dalam laman
web yang lengkap dengan gambar, data peribadi dan sejarah kes.
- Profil berkenaan yang diwujudkan pada 1 Januari 2010 sentiasa dikemas kini tetapi nama setiap pesalah akan dikeluarkan selepas tiga tahun.
- Pesalah rasuah terdiri daripada ahli politik, kakitangan awam, ahli perniagaan dan individu yang bekerja sendiri.
- Sejarah kes di kalangan setiap pesalah membabitkan tuduhan, hukuman, mahkamah, hakim perbicaraan, timbalan pendakwa raya dan peguam pembela.
- Carian boleh dilakukan berdasarkan nama atau nombor kad pengenalan pesalah.
- Status terkini sesuatu kes turut dinyatakan untuk menunjukkan sama ada individu yang didapati bersalah merayu terhadap hukuman tersebut.
KD: Satu tindakan yang baik oleh SPRM. Bukanlah berniat untuk mengaibkan mana-mana pihak, tetapi tindakan sebegini mungkin boleh menjadi pengajaran atau iktibar khususnya kepada individu yang terbabit dan pihak-pihak yang lain dari terjebak dalam aktiviti rasuah. Semoga gejala rasuah di negara ini berkurangan, sekaligus dapat dihapuskan.
No comments:
Post a Comment