Kebelakangan ini, filem Melayu dilihat semakin biadab
memaparkan adegan ranjang yang dilakonlan oleh pelakon wanita dan lelaki
Melayu. Ironinya adegan ranjang ini dilakukan oleh pengarah Melayu yang
sepatutnya faham batas dalam budaya mahupun agama.
Jawapan klise pelakon yang terlibat ialah "mengikut
skrip". Malah mereka secara tidak bersalah seolah-olah memberitahu
masyarakat artis ada lesen untuk membuat adegan ranjang.
Pengarah dan pelakon kita banyak yang telah diresapi fahaman
sekular hingga filem Melayu tidak ubah macam filem Hollywood.
Ini bukan benda baru yang berlaku dalam industri filem kita,
namun ketika ini semakin teruk apabila pengarah Melayu sengaja mewujudkan
adegan itu untuk mengumpan penonton.
Gaya hidup moden yang dipaparkan ke dalam kebanyakan filem
Melayu ketika ini semakin tiada batasannya. Setiap pengarah seakan-akan
berlumba-lumba menghasilkan karya 'kebaratan' mereka. Mereka mencabar batas
moral, budaya dan agama semata-mata terasuk dengan hasutan sekular.
Beberapa filem Melayu yang jelas memaparkan adegan ranjang
adalah Anak Halal, Ombak Rindu, Buka Api dan yang terbaru Jiwa Taiko. Malangnya
tidak banyak pihak yang mempersoalkan kewajaran adegan ranjang ini seolah-olah
merestui. Pihak penapisan kita memang sudah lama sekular dan mereka tidak kisah
dengan pemcemaran moral begini.
Faktor yang mendorong untuk melakukan adegan tersebut mungkin
kerana terlalu terpesona dengan budaya filem Hollywood.
Filem hebat Melayu contohnya Bunohan langsung tidak
memaparkan adegan ranjang tetap dianggap berjaya. Jika di imbau kembali ketika
filem era P. Ramlee juga tiada adegan ranjang dilakonkan namun setiap filem
romantiknya berjaya diingati sehingga hari ini.
Melayu biasanya begitu kuat dengan adat resamnya dan
perjalanan hidup mereka berpegang kepada hukum hakam agama.
Namun kebelakangan ini, segelintir pengarah Melayu lupa
tentang pegangan tersebut sehinggakan mereka sendiri sanggup mencemarkan adat
dan pegangan mereka.
Alasan yang selalu diberikan oleh pengarah adalah untuk
menggambarkan tentang permasalahan sosial seperti pergaulan bebas dan
melahirkan anak luar nikah. Kononnya filem mereka akan menyedarkan remaja
padahal filem merekalah yang menyumbang anak luar nikah. -Utusan Online
KD: Tidaklah arif perihal filem nie.. Tetapi, sebagai penonton, KD berpendapat tidak wajar adegan panas/ ranjang dipertontonkan dalam filem mahupun drama. Ia bukan sahaja tidak sesuai dengan budaya ketimuran yang penuh dgn adab dan sopan, malah ia boleh mendorong golongan yang kurang faham ke arah yg gejala negatif.
KD: Tidaklah arif perihal filem nie.. Tetapi, sebagai penonton, KD berpendapat tidak wajar adegan panas/ ranjang dipertontonkan dalam filem mahupun drama. Ia bukan sahaja tidak sesuai dengan budaya ketimuran yang penuh dgn adab dan sopan, malah ia boleh mendorong golongan yang kurang faham ke arah yg gejala negatif.
No comments:
Post a Comment