KRISIS AIR
SEMAKIN SERIUS DI SELANGOR
PETALING JAYA: Selepas jerebu, berjuta-juta isi rumah di
Selangor mungkin menghadapi masalah kekurangan air yang lebih serius.
Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) telah mengesan
tahap penyimpanan air terawat yang lebih rendah yang berlaku secara drastik di
loji penyimpanan air di negeri ini akibat cuaca panas berterusan.
Loji simpanan air merupakan empangan utama di mana air yang
telah dirawat disalurkan kepada pengguna.
Takungan air didapati rendah di Semenyih dan Langat dan
peningkatan permintaan air pada musim kering masa kini boleh menyebabkan
bekalan air dipotong di Petaling, Kuala Lumpur, Hulu Langat dan Sepang.
Syabas juga telah dimaklumkan bahawa pengeluaran air yang
dirawat di kesemua 33 loji rawatan di negeri ini pada Sabtu lalu adalah yang
tertinggi dengan kadar 4,4059 juta liter sehari, walaupun mengikut pelan
sebanyak 4,371 juta liter sehari.
Antara kawasan yang dijangka akan menghadapi gangguan bekalan
air dan tekanan air rendah di Kuala Lumpur ialah Taman Maluri, Taman Angsana
Hilir, Kampung Pandan, Taman Segar dan Taman Taynton View.
Di Hulu Langat, lokasi jangkaan termasuklah Sungai Besi
Indah, Bukit Belimbing, Juara Jaya, Saujana Impian, Beranang, Bukit Semenyih,
Sungai Tekali, Selesa Jaya, Taman Utama, Alamsari, Balakong, PKNS Beranang dan
Kampung Baru Semenyih.
Masalah kekurangan juga dijangka berlaku di Jalan Klang Lama,
Sri Petaling, Desa Petaling dan kebanyakan bahagian dalam Seksyen 52 di daerah
Petaling bersama-sama dengan IOI Serdang di daerah Sepang.
Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Korporat Syabas Abdul Halem Mat
Som berkata sebanyak 42 lori tangki air sudah bersiap sedia untuk membekalkan
air ke kawasan yang terjejas.
Abdul Halem berkata disebabkan cuaca kering dan panas
dijangka berlarutan sehingga September, pengguna perlu menggunakan air secara
bijak dan memastikan bahawa tiada pembaziran.
Mereka yang mempunyai pertanyaan atau aduan boleh menghubungi
pusat perkhidmatan pelanggan (PUSPEL) di 1-800-88-5252 atau SMS dengan menaip
PUSPEL dan hantar ke 39222. -(MStar Online)
KD: Simpati kepada rakyat di Lembah Klang jika benar krisis kekurangan air akan melanda kawasan mereka. Air adalah keperluan asas kehidupan manusia. Justeru, jika berlaku sebarang gangguan dan kekurangan bekalan air, pastinya ia kan membantutkan segala aktiviti harian.
No comments:
Post a Comment