PETALING JAYA: Kementerian Kewangan, yang mengambil berat
tentang harga rumah yang melambung tinggi telah meminta bantuan Persatuan
Pembeli Rumah Kebangsaan (HBA) mencari penyelesaian kepada masalah ini.
Sebagai tindak balas kepada permintaan itu awal bulan ini,
HBA telah mencadangkan 10 langkah untuk menangani masalah ini yang diharapkan
membawa kepada penurunan harga.
Setiausaha Agung HBA Chang Kim Leong berkata campur tangan
segera diperlukan untuk mengelakkan rakyat Malaysia menjadi "generasi
tanpa rumah", memberi amaran bahawa negara akan menghadapi krisis sosial
jika majoriti rakyat berpendapatan rendah dan sederhana tidak mempunyai akses
kepada perumahan mampu milik.
Beliau menggesa kerajaan mengambil peranan utama dalam
membangunkan rumah mampu milik dan tidak melepaskannya kepada pemaju hartanah
"yang merupakan entiti yang memaksimumkan keuntungan".
Salah satu daripada langkah yang dicadangkan oleh persatuan
adalah tidak membenarkan mereka yang membeli rumah di bawah projek perumahan
mampu milik menjual harta mereka, dengan hanya membenarkan mereka memindahkan
rumah tersebut kepada waris mereka. Ini untuk mencegah orang ramai daripada
cuba membuat keuntungan segera, katanya Ahad.
Persatuan itu mencadangkan kerajaan membuka kunci tanah
rizabnya di pelbagai lokasi dan memberi keutamaan kepada projek-projek
perumahan yang mampu dimiliki dan bukannya hartanah mewah.
Walau bagaimanapun, perlu ada satu peruntukan untuk
membolehkan pembeli menjual kepada pemilik lain selepas 10 tahun memperoleh
harta itu atau menjual rumah tersebut kembali kepada kerajaan sebelum tempoh
itu.
Chang berkat, strategi lain adalah dengan 'menghukum'
spekulator, yang memainkan peranan penting dalam menaikkan harga hartanah.
Justeru, beliau mencadangkan duti setem dan cukai keuntungan hartanah yang
lebih tinggi serta kaedah-kaedah gadai janji yang lebih ketat bagi mereka yang
membeli hartanah ketiga dan hartanah seterusnya.
Chang berkata HBA mencadangkan pembiayaan 100 peratus hanya
untuk mereka yang membeli rumah kos rendah atau sederhana. Menurutnya, mereka
yang membeli harta mewah atau harta yang ketiga dan seterusnya perlu mempunyai
akses terhad kepada pembiayaan.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim berkata
kementerian itu telah menerima cadangan HBA dan akan melihat kaedah untuk
menangani isu ini. - Mstar Online
KD: Tahniah HBA, kerana berjaya mengkaji sekaligus memberi cadangan/usul yang baik kepada kerajaan. Semoga apa yang diusulkan ini mendapat reaksi positif dari pihak kerajaan. Di pihak kerajaan pula sebagai badan pelaksana, harus bertindak proaktif terhadap usul yg diutarakan. paling tidak, dari separuh dari 10 cadangan akan dipersetujui.
KD: Tahniah HBA, kerana berjaya mengkaji sekaligus memberi cadangan/usul yang baik kepada kerajaan. Semoga apa yang diusulkan ini mendapat reaksi positif dari pihak kerajaan. Di pihak kerajaan pula sebagai badan pelaksana, harus bertindak proaktif terhadap usul yg diutarakan. paling tidak, dari separuh dari 10 cadangan akan dipersetujui.
No comments:
Post a Comment