Jerebu di Putrajaya |
Berdasarkan laporan Jabatan Alam Sekitar (JAS) sehingga 11
pagi semalam, lapan kawasan berkenaan mencatatkan indeks pencemaran (IPU)
melebihi 101, berbanding tujuh kelmarin.
Kawasan terbabit ialah Putrajaya dengan IPU 101, Cheras
(133), Batu Muda, Kuala Lumpur (128), Shah Alam (130), Petaling Jaya (131),
Pelabuhan Klang (142), Kuala Selangor (101), dan Banting (120).
Menurut jurucakap JAS, keadaan cuaca kering tanpa hujan
menyebabkan jerebu semakin teruk, sekali gus meningkatkan jumlah bacaan di
beberapa kawasan, terutama di pantai barat Semenanjung yang terletak hampir
dengan Indonesia.
Sebanyak 31 kawasan daripada 51 stesen pengawasan kualiti
udara JAS di seluruh negara pula mencatat bacaan IPU sederhana, termasuk di
Nilai, Negeri Sembilan dengan bacaan 100, manakala 11 lagi kawasan mencatat
bacaan IPU baik.
Bacaan IPU 0 hingga 50 diklasifikasi sebagai baik, 50-100
(sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke
atas (berbahaya).
Kemerosotan kualiti udara di negara ketika ini disebabkan
kebakaran tanah gambut di Rokan Hilir, Sumatera Timur, Indonesia yang dibawa
menerusi tiupan angin.
Jerebu di KL |
Keadaan jerebu yang melanda negara di kesan sejak Selasa lalu
apabila rekod JAS menunjukkan kebanyakan kawasan berada tahap sederhana iaitu
antara 51 hingga 100 dan menyusut sejak Rabu lalu apabila beberapa kawasan
dikesan berada pada tahap tidak sihat.
Sehubungan itu juga, orang ramai dinasihatkan tidak melakukan
pembakaran terbuka dan melaporkan kes berkenaan kepada Jabatan Perkhidmatan
Bomba dan Penyelamat di talian 999 atau dengan menghubungi Jabatan Alam Sekitar
di talian bebas tol 1-800-88-2727.
Mereka yang tinggal di kawasan IPU tidak sihat dinasihat
menggunakan alat penutup muka atau mengurangkan aktiviti luar bagi mengelakkan
menghadapi masalah kesihatan.
KD: Setiap tahun, bagaikan sudah menjadi kebiasaan negara kita pasti akan dilanda JEREBU yang sebenarnya amat merimaskan rakyat. Masalahnya, ia bukan bencana alam atau rutin kejadian alam, tetapi ia berlaku berpunca daripada aktiviti MEMBAKAR TANAH PERTANIAN oleh NEGARA JIRAn!! Sungguh menyusahkan. Tidakkan mereka sedar, aktiviti sebegitu hanya merosakkan udara. Tidakkan pihak kerajaan negara jiran itu memikirkan alternatif lain yang tidak mengganggu-gugat negara sekitarnya?? Ini bukan perkara enteng, berleluasanya aktiviti ini hanya akan menjejaskan kesihatan rakyat.
No comments:
Post a Comment