Katanya walaupun berlakunya penstrukturan semula industri
air, kerajaan negeri masih belum menyatakan rancangan mereka dalam memastikan
bekalan air terawat di Selangor mencukupi bagi menampung keperluan penduduk dan
industri.
Mohd Zin berkata sehingga kini, Menteri Besar Tan Sri Abdul
Khalid Ibrahim masih menafikan laporan bahawa simpanan air terawat adalah
rendah iaitu sekitar dua ke tiga peratus tanpa memberikan angka sebenar.
"Cadangan kerajaan negeri bahawa sumber air boleh
didapati daripada banyak sumber seperti air bawah tanah, empangan mahu pun air
lombong tidak akan bermakna jika loji rawatan air yang ada tidak mampu
menampung kapasiti air ini.
"(Namun) tiada keputusan kukuh yang diumumkan selain
hanya bercadang untuk meneliti setiap cadangan yang ada. Hakikatnya kita
semakin kesuntukan masa," katanya.
Beliau berkata jemputan untuk menyertai forum itu juga tidak
menyeluruh kerana tiada jemputan kepada Anggota Dewan Undangan Negeri daripada
BN Selangor dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd.-BERNAMA
KD: Errrmm.. kalau mahu berpolitik, memang tiada salah. Namun, janganlah sampai keperluan asas rakyat juga dipolitikkan. Pengabaian dan kegagalan kerajaan negeri menangani isu air ini bukan sahaja menyusahkan pengguna, tetapi pastinya rakyat marah dan hilang kepercayaan terhadap pemimpin.

No comments:
Post a Comment