Jumlah
pendatang asing tanpa izin (Pati) di negara ini dilihat sebagai salah satu
faktor mengapa penyakit Tuberkulosis (Tibi) sukar dikawal dan dicegah, kata
Pengarah Institut Perubatan Respiratori (IPR), Datuk Dr Abdul Razak Muttalif.
Beliau
berkata kebanjiran Pati yang tidak melakukan pemeriksaan kesihatan yang diselia
oleh Agensi Pemantauan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (Fomema) menjadi
pembawa utama penyakit itu TURUT merebak di kalangan penduduk negara ini.
“Melalui
pemerhatian IPR, kami lihat faktor Pati yang tidak melakukan pemeriksaan
kesihatan setelah tiba di Malaysia berpotensi menjadi pencetus merebaknya
penyakit ini.
“Selain itu,
faktor kurangnya kesedaran umum pesakit juga merupakan mengapa penyakit ini
yang boleh dirawat menjadi sukar untuk dicegah. Katanya
kebanyakan pesakit Tibi tempatan yang tidak dapat dirawat adalah disebabkan
mentaliti pesakit yang menganggap bahawa simptom batuk kering adalah batuk
biasa.
“Saya hairan
dengan pemikiran masyarakat kita terutamanya orang Melayu yang sering menyalah
tafsir batuk kering yang dihadapi dengan merujuk dengan ahli perubatan
tradisional.
“Mereka
(pesakit) lebih cenderung untuk mendapatkan rawatan tradisional walhal simptom
batuk kering tesebut berpunca daripada Tibi,” katanya.
Antara
simptom Tibi adalah batuk yang berpanjangan melebihi dua minggu, hilang selera
makan, demam, berpeluh waktu makan, susut berat badan dan batuk berdarah.
Dr Abdul
Razak turut menegur mentaliti pesakit tibi yang beranggap simptom batuk kering
yang dihadapi berpunca daripada ilmu hitam.
Katanya
tempoh lama yang diambil untuk merujuk dengan doktor menyebabkan masalah Tibi
yang dialami makin merebak ke paru-paru.
Beliau juga
memaklumkan pembawa Human Immunodeficiency Virus (HIV) merupakan individu yang
20 kali ganda berisiko untuk terkena jangkitan Tibi.
“Pesakit HIV
lebih terancam mendapat Tibi disebabkan sistem pertahanan badan mereka yang
tidak kuat,” katanya.
Katanya
sebanyak 20,666 kes Tibi telah dilaporkan di Malaysia tahun lepas, manakala
tahap pencegahannya masih tidak mencapai 85 peratus seperti yang ditetapkan
oleh IPR pada tahun lalu. – BERNAMA
Sumber: http://mynewshub.my
KD: Agak menakutkan apabila penyebaran penyakit serius
berlaku tanpa disedari, ditambah pula dengan sikap sambil lewa dan tidak peduli
tentang kesihatan. Bak kata pepatah, ‘sudah terhantuk baru terngadah’. Itulah
masyarakat kita jika dikaitkan dengan perihal kesihatan.
No comments:
Post a Comment