KUALA
LUMPUR: Majoriti mahasiswa Universiti Putra Malaysia (UPM) mahu proses pilihan
raya kampus diurus mahasiswa sendiri, kata Pengarah Strategik Pro Mahasiswa UPM
(Pro M), Muhammad Azril Alias.
“Berdasarkan
kepada 724 orang respondan yang ditemu bual, sebanyak 94.61 peratus ataupun 685
responden bersetuju dengan cadangan bagi membenarkan mahasiswa menguruskan
pilihan raya sendiri.
“Hanya 5.39
peratus atau 39 responden menolak,kerana tidak yakin mahasiswa berkemampuan
untuk menguruskan pilihan raya,” kata Azril pada satu kenyataan media, hari
ini.
Beliau
berkata, kebanyakan respondan yang
bersetuju dengan idea itu, menganggap
sudah tiba masanya untuk mahasiswa diberi kebebasan menguruskan pemilihan wakil
mereka.
Selain itu,
katanya, mereka turut mempertikai kredibiliti pengurusan pilihan raya kampus
yang dikatakan tidak telus, selain memperkenal pelbagai peraturan kempen yang
tidak munasabah.
Sumber:
http://www.keadilandaily.com
No comments:
Post a Comment