KUALA
TERENGGANU – Seramai 600,000 rakyat Selangor yang layak untuk mengundi pada
Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang masih belum mendaftar sebagai pengundi
hingga hari ini.
Timbalan
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata,
bilangan tersebut sekaligus menjadikan negeri itu paling ramai orang yang layak
mengundi tetapi belum mendaftar.
“Selangor
mencatat jumlah layak mengundi belum mendaftar tertinggi dengan angkanya
mencecah 600,000 orang daripada dua juta yang layak di negeri itu. Secara
keseluruhan terdapat 3.65 juta rakyat Malaysia belum mendaftar sebagai pemilih
daripada 16.5 juta yang layak di seluruh negara,” katanya di sini hari ini.
Mengulas
lanjut, Wan Ahmad berkata, bagaimanapun negeri lain seperti Johor, Kuala
Lumpur, Perak dan Kelantan juga tidak terkecuali dalam hal itu kerana SPR
mendapati masih ramai yang layak belum mendaftar.
Menurut
beliau, terdapat hampir 500,000 orang belum mendaftar sebagai pemilih di Johor
diikuti Kuala Lumpur seramai 350,000 orang dan Kelantan 200,000 orang.
Namun,
katanya, beliau kagum dengan Terengganu kerana jumlah pengundinya yang belum
mendaftar cuma sekitar 46,000 orang.
Sumber: http://mynewshub.my
No comments:
Post a Comment