Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) di bawah
Jabatan Perdana Menteri (JPM) akan memperkenalkan Sistem Semakan Online bagi
memudahkan urusan setiap pengadu yang membuat laporan kes di balai-balai polis
seluruh negara untuk mengetahui perkembangan status siasatannya.
Sistem yang dibangunkan berdasarkan maklumat soal selidik
menerusi Penilaian Kepuasan Pelanggan (CSR) di 82 balai polis sekitar Selangor
sejak tahun lalu itu, bakal memberi kemudahan kepada orang ramai yang telah membuat
pengaduan masalah termasuklah kes jenayah.
Menteri di JPM, Datuk Seri Idris Jala yang juga Ketua Pegawai
Eksekutif Pemandu berkata, inovasi berkenaan merupakan salah satu inisiatif
kerajaan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (PDRM)
kepada orang ramai.
Katanya, pembangunan Sistem Semakan Online itu penting untuk
memastikan setiap pengadu tahu tentang perkembangan kes mereka sama ada ia
masih dalam siasatan atau telah selesai.
Walau bagaimanapun, pengumuman untuk memperkenalkan Sistem
Semakan Online itu akan dilakukan selewat-lewatnya akhir Ogos ini. –(Utusan
Malaysia)
KD: Sangat menarik dan berguna!! Sebelum ini, pemandu dengan
mudahnya dapat menyemak saman polis dan JPJ di laman web. Kini, apabila sistem ini
dilancarkan, rakyat khususnya pengadu yang membuat laporan polis, pasti lebih
mudah mendapat maklumat atau perkembangan aduan mereka melalui sistem ini.
No comments:
Post a Comment