Hasrat Ketua
Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) yang mahu bersara daripada
politik jika pakatan pembangkang gagal merampas Putrajaya pada Pilihan Raya
Umum ke-13 (PRU13), mendapat pelbagai reaksi pemimpin-pemimpin negara.
Mari kita
tengok apa kata mereka??
Anaknya yang
juga Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, Pakatan Rakyat (PR) masih
memerlukan khidmat dan keringat Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memastikan
kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) , khidmatnya dalam usaha perjuangkan
hak rakyat mendapatkan keadilan. Menurut Izzah, berkemungkinan kenyataan yang
dikeluarkan lebih meminta keseluruhan jentera PR secara keseluruhannya
menumpukan usaha dalam proses memenangi PRU13.
Mursyidul Am
Pas ini, kurang bersetuju dengan hasrat Anwar yang mahu kembali menjadi pendidik
kerana katanya perjuangan di medan politik itu juga adalah mengajar. Ini kerana bezanya medan politik
mengajar rakyat, manakala medan akademik mengajar mahasiswa.
Ahli Majlis
Tertinggi Umno ini berpendapat, pengakuan terbaru Anwar itu dilakukan kerana
beliau tidak yakin mampu menandingi usaha pembaharuan Barisan Nasional (BN) kepada
rakyat. Beliau yakin Anwar tidak akan bersara daripada dunia politik dengan
mudah.
Ketua
Penerangan Umno ini pula berpendapat, hasrat DSAI yang menimbangkan untuk
bersara jika gagal menawan Putrajaya adalah hak Ketua Pembangkang itu untuk
melakukan apa yang difikirkan terbaik untuk dirinya. Bagi beliau, mungkin juga Anwar
bertujuan untuk memberitahu penyokongnya bahawa PRU13 adalah yang terakhir
baginya setelah beliau menyebarkan pelbagai manifesto dan perlu bekerja
bersungguh-sungguh.
Naib
Presiden Pas ini menyifatkan hasrat Anwar sebagai kepuutsan yang berani. Malah,
pendirian Anwar itu menunjukkan beliau mempunyai sikap yang berani dan semangat
sedemikian perlu dimiliki oleh semua pemimpin.
Selepas ini, pasti banyak lagi reaksi yang akan diterima. Namun, paling ditunggu-tunggu ialah reaksi dari empunya badan - DSAI sendiri. Sama-sama kita tunggu ye.
No comments:
Post a Comment